Skip to main content

Berita

Bomba Pujuk Lelaki Berpakaian Wanita Cuba Terjun Jejambat

Bomba

Sekilas

  • Seorang lelaki berperwatakan wanita cuba terjun dari jejambat Jalan Bercham berjaya diselamatkan oleh orang awam dan pasukan bomba pada pagi Ahad.
  • Mangsa yang cedera di tangan dipujuk selama 15 minit sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut.
  • Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota bomba, enam anggota polis, dan dua petugas KKM, serta berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.10 pagi.
Advertisement

Cubaan seorang lelaki berperwatakan dan berpakaian wanita untuk terjun dari jejambat Jalan Bercham berhampiran di sini berjaya digagalkan orang awam dan pasukan menyelamat dalam kejadian pada pagi Ahad.

Mangsa yang mengalami kecederaan di tangan berjaya dipujuk sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, jentera tiba di lokasi pada jam 9.55 pagi dan mendapati seorang lelaki berusia 24 tahun itu berada di jejambat berkenaan dalam cubaan untuk terjun.

"Ketua operasi melakukan penilaian seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja penyelamatan dengan memberi khidmat nasihat dan memujuk mangsa selama kira-kira 15 minit.

"Mangsa berjaya diselamatkan serta didapati mengalami kecederaan di tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Difahamkan beberapa orang awam yang melihat kejadian turut membantu menghalang lelaki terbabit terjun dari atas jejambat berkenaan.

Sabarodzi berkata, hasil usaha memujuk itu, mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada petugas KKM untuk rawatan serta tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi terbabit melibatkan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) selain dibantu enam anggota polis dan dua petugas KKM.

Operasi berjaya dikawal pada jam 10.40 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement