Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Teruja Digandingkan Bersama Zizan Razak, Sherry Al-Hadad; - “Mungkin Kami Akan Cari Jodoh Di Sabah & Sarawak”

Borneo Rising: Teruja Digandingkan Bersama Zizan Razak, Sherry Al-Hadad; - “Mungkin Kami Akan Cari Jodoh Di Sabah & Sarawak”

Sekilas

  • Sherry Al-Hadad teruja digandingkan dengan Zizan Razak sebagai pengacara program realiti Borneo Rising yang akan mula bersiaran pada 6 September ini.
  • Mereka sudah biasa bekerjasama dan mempunyai cara kerja yang serasi, malah berkongsi beberapa persamaan peribadi seperti tahun kelahiran dan status belum berkahwin.
  • Sherry melihat perbezaan bahasa dan loghat sebagai peluang untuk belajar budaya Borneo, manakala program ini akan disiarkan di Astro Ria, TV Okey dan platform On Demand.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Sherry Al-Hadad meluahkan rasa teruja apabila digandingkan bersama pelawak, Zizan Razak sebagai pengacara program realiti terbaharu, Borneo Rising.

Menurut Sherry, gandingan mereka amat serasi kerana sudah beberapa kali bekerjasama dan mempunyai cara kerja yang hampir sama.

Advertisement

Malah, Sherry berseloroh dia dan Zizan turut mempunyai beberapa persamaan termasukah lahir pada tahun yang sama dan masih belum berkahwin.

“Selain daripada gandingan Zizan Razak, kami berkongsi tahun kelahiran sama, wavelength sama dan tak kahwin lagi. Selalu buat show di KL.

“Mungkin kami akan cari jodoh di Sabah dan Sarawak. Bila kita lihat portfolio pun kami dah teruja, belum lagi dengar nyanyian mereka. Peminat Sabah dan Sarawak memang lain macam,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Sherry turut berkata pengalaman bekerja bersama sebelum ini juga membuatkan mereka lebih mudah memahami cara masing-masing ketika berada di atas pentas.

“Kami sangat serius terutama dalam mencari idea. Kami juga telah banyak kali digandingkan. Kami ada give and take dan kami tahu bila nak jawab. Jadi, dari segi gandingan itu, kami sudah biasa dan tahu bagaimana nak bawa program bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sherry tidak menganggap perbezaan bahasa dan loghat sebagai satu masalah sebaliknya, dia menganggap perkara itu sebagai peluang untuk belajar dan lebih mengenali budaya di Borneo.

“Saya akan belajar bahasa Sarawak dengan Noh. Saya akan belajar Sabah daripada Marsha. Saya rasa perkara itu kami telah berbual.

“Ini adalah program nasional. Kita kena tahu program ini tetap ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Kena ada variasi supaya orang Semenanjung boleh nikmati hiburan ini dengan seronok. Takkanlah kita di Sarawak, kami kena bercakap dalam bahasa itu sepanjang masa,” katanya.

Program ini bakal bermula pada 6 September ini dan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Borneo Rising turut menampilkan gandingan dua pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Barisan juri pula terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dari Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur, termasuk vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement