Skip to main content

Antarabangsa

Bos Dari Syurga, Beri Hadiah iPhone 17 Kepada Semua Pekerja

Bos Dari Syurga, Beri Hadiah iPhone 17 Kepada Semua Pekerja

Semua pekerja syarikat media China, Mediastorm akan menerima telefon bimbit iPhone 17 Pro Max versi paling premium. 

Ketua Pegawai Eksekutif Mediastorm (CEO), Tim Pan baru-baru ini mengumumkan bahawa setiap pekerjanya akan menerima telefon tersebut secara percuma.

Advertisement

Memandangkan hadiah korporat di China dikenakan cukai, Pan meyakinkan pekerja bahawa Mediastorm juga akan menanggung kos tersebut.

Ini bukan kali pertama CEO itu mengejutkan kakitangannya dengan produk Apple.

Pada tahun 2024, kira-kira 100 pekerja Mediastorm masing-masing menerima iPhone 16 Pro, bersama Apple Watch Series 10.

Seperti pemberian tahun ini, syarikat itu turut membayar semua cukai berkaitan.

 

Sumber: Kosmo! Online

 

Must-Watch Video

Advertisement