Skip to main content

Selebriti

Bukan Dangdut Sahaja Ada 'Double Meaning', Amelina Beri Peringatan Pada Penulis Lirik & Penyanyi - "Kadang Lirik Terlalu 'Open' Pun Mengerikan"

amelina lucah

Penyanyi dangdut terkenal, Amelina tampil memberikan peringatan terbuka bahawa isu lirik berunsur 'double meaning' bukan hanya berlaku dalam genre dangdut, sebaliknya turut wujud dalam genre muzik lain.

Bagaimanapun, Amelina mengakui cabaran yang dihadapi oleh penulis lirik dalam menghasilkan sesebuah karya yang padat dan bermakna dalam tempoh masa yang singkat.

"Bukan lagu dangdut sahaja yang ada 'double meaning', kadang genre lain pun ada. Penulisan lirik itu amat penting.

"Saya faham susah untuk hasilkan sebuah lirik lengkap yang padat dengan penceritaan dalam masa singkat. Lirik lagu ini ibarat filem dan drama cuma bezanya filem dan drama ada masa yang panjang untuk menceritakan jalan ceritanya," katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pemilik lagu Rindu itu turut menasihatkan penulis lirik dan penyanyi agar lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat, selain menekankan kepentingan membuat kajian terlebih dahulu.

"Kepada penulis lirik, kena betul hati-hati terutama dengan perkataan yang akan 'triggered' pendengar. Pendengar ini hanya mahu dengar apa yang dia ingin dengar sahaja. Semua genre kena sampaikan dengan berhati-hati.

"Penyanyi pun kena buat 'research'. Kena tahu cara pembawakan lagu itu ke arah comel, seksi atau bagaimana. Kadang lirik yang terlalu terbuka pun tidak boleh dan mengerikan," ujarnya.

Terdahulu, Lirik lagu Masuk Lagi nyanyian penyanyi, Baby Shima didakwa mengandungi unsur lucah sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat dan penggiat seni.

Dalam perkembangan lain, Amelina turut tampil dengan versi 'remake' lagu Rindu dan Asyik yang diberi nafas baharu menerusi susunan muzik serta muzik video yang lebih segar dan moden.

Hanya mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, kedua-dua lagu tersebut kini boleh didengari di saluran YouTube.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement