Skip to main content

Selebriti

"Bukan Saya Sahaja Yang Terkena..." - Kamal Adli Bimbang Trend Akaun Palsu Letak QR, Minta Orang Ramai Lapor Segera

Bakar isteri

Sekilas

  • Kamal Adli menegaskan bahawa dia tidak pernah menggunakan kod QR untuk meminta wang dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan hantaran mencurigakan yang menggunakan namanya.
  • Pelakon itu mengakui belum sempat menyemak mesej peribadi berkaitan isu tersebut tetapi berharap masalah ini dapat dikawal dan tidak merebak.
  • Kamal menyeru orang ramai untuk melaporkan kes penipuan seumpama ini kerana ramai artis lain juga menjadi mangsa penyalahgunaan identiti.

Pelakon, Kamal Adli tampil bersuara mengenai isu individu yang didakwa menggunakan namanya dengan meletakkan kod QR dalam hantaran bagi tujuan meminta wang.

Menurut Kamal, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

"Saya nak tekankan, ia jadi masalah apabila dia buat perkongsian dan sertakan sekali kod QR. Bagi saya, tak eloklah buat begitu. Saya sendiri tidak akan letak QR untuk minta duit,"katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Kamal mengakui belum sempat menyemak mesej peribadi (DM) berkaitan isu tersebut, namun berharap ia dapat dikawal daripada terus merebak.

"Setakat ini saya belum semak DM lagi kerana biasanya saya akan layan dahulu kemudian terus menghilang. Namun, saya harap perkara ini dapat dikawal.

"Kita kena laporkan sama-sama supaya perkara ini tidak berleluasa, bukan saya sahaja yang terkena, malah ramai artis lain juga mengalami situasi sama," nasihatnya.

Kamal turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang hantaran mencurigakan yang menggunakan identiti individu lain

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement