Skip to main content

Berita Tempatan

Buku Tembusi 35 Negara, Datuk Dr Zairita Azlin Pula Jadi Rakyat Malaysia Pertama Terima Pengiktirafan Di Sri Lanka

Buku Tembusi 35 Negara, Datuk Dr Zairita Azlin Pula Jadi Rakyat Malaysia Pertama Terima Pengiktirafan Di Sri Lanka

Sekilas

  • Usahawati Datuk Dr Zairita Azlin berjaya memasarkan bukunya 'She Chose to Rise' ke 35 negara dan mencatat jualan 2,000 naskhah di Amazon.
  • Beliau juga menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan 'She For The Nation – Season 2' di Sri Lanka, sambil menerima sokongan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Program 'From Malaysia to the World' dilancarkan untuk membuka peluang kerjasama perniagaan antarabangsa dan memperkenalkan dua buku inspirasi oleh usahawan tempatan.
Advertisement

Usahawati Datuk Dr Zairita Azlin terus melakar pencapaian di peringkat antarabangsa apabila buku tulisannya, ‘She Chose to Rise: A Journey of Faith, Purpose and Hope’ kini sudah dipasarkan ke 35 negara.

Diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan dari United Kingdom, buku yang mengangkat perjalanan mengenai ketahanan, cita-cita dan tujuan hidup itu turut mencatat jualan sebanyak 2,000 naskhah menerusi platform Amazon.

Advertisement

Menariknya, karya tersebut bukan sekadar berkongsi mengenai kejayaan, sebaliknya ditulis berdasarkan pengalaman serta perjalanan hidup Zairita sendiri.

Menurut Zairita, dia turut menerima maklum balas daripada ramai wanita yang terkesan selepas membaca buku tersebut.

Malah, karya berkenaan turut mendapat restu serta dorongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan Zairita sebagai antara tokoh yang amat disanjunginya.

Baginya, Tun Dr Mahathir merupakan figura yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia, selari dengan aspirasi yang mahu diketengahkan menerusi program ‘From Malaysia to the World’.

Pencapaian Zairita tidak terhenti di situ apabila dia baru-baru ini turut mencipta sejarah tersendiri di peringkat antarabangsa.

Zairita muncul sebagai rakyat Malaysia pertama yang dinobatkan ‘She For The Nation – Season 2’ dalam acara yang berlangsung di kediaman Perdana Menteri Sri Lanka, Temple Trees di Colombo.

Dua buku dilancarkan

Buku ‘She Chose to Rise: A Journey of Faith, Purpose and Hope’ turut dilancarkan dalam program ‘From Malaysia to the World’ yang menghimpunkan usahawan serta pemain industri tempatan dan antarabangsa di Kuala Lumpur.

Sebuah lagi buku, ‘The Unstoppable Millionaire: 9 Simple Steps to Stay Undefeated’ karya Dr Tahir Hussain turut dilancarkan pada program sama.

Karya Tahir mengetengahkan pendekatan terhadap ketahanan diri, kejelasan tujuan serta bagaimana kegagalan tidak seharusnya dilihat sebagai penghujung perjalanan, sebaliknya sebahagian daripada proses untuk terus bergerak.

Pelancaran kedua-dua buku disempurnakan Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Tengku Khairul Adena Almarhum Tengku Abdullah.

Buka peluang ke pasaran antarabangsa

Sementara itu, program ‘From Malaysia to the World’ anjuran Ezcape Travel Tech Sdn Bhd diwujudkan bagi memperluaskan jaringan, bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama merentasi pasaran.

Bertemakan ‘Connecting Businesses, Building Partnerships, Expanding Horizons’, program yang berlangsung selama lima jam itu memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dan memperkenalkan perniagaan masing-masing.

“Mereka juga berpeluang memahami keperluan bakal rakan kerjasama dan membina hubungan yang boleh dikembangkan ke luar pasaran tempatan susulan ‘From Malaysia to the World’.

“Program ini memberi penekanan kepada kepentingan jaringan yang bermakna sebagai langkah awal untuk meneroka peluang perniagaan antarabangsa,” kata penganjur.

Selain menemukan pemain industri tempatan, program itu turut membuka ruang kepada peserta luar negara untuk mengenali potensi kerjasama dengan komuniti perniagaan Malaysia.

Pada masa sama, perkongsian pengalaman dan idea antara peserta daripada pelbagai latar belakang diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama merentasi pasaran.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

年饼 2026 CNY Biscuit | New Year Cookies

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

Belajar Doa Nabi Yunus

Belajar Doa Nabi Yunus

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

naelofar Dalila Sejadah

naelofar Dalila Sejadah

Must Watch Video

Advertisement