Skip to main content

Selebriti

Cakra Khan Kena Ugut & Berdepan Fasa 'Cancel'?

Cakra Khan Kena Ugut & Berdepan Fasa 'Cancel'?

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, mendedahkan dia menerima ugutan dan fasa cancel selepas lantang bersuara mengenai isu ketamakan manusia yang merosakkan hutan di Indonesia.
  • Walaupun berdepan tentangan, Cakra menegaskan minatnya terhadap industri seni tidak akan pudar dan dia akan terus bercakap demi kebenaran.
  • Netizen Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Cakra, memuji keberaniannya dan menggalakkan dia terus bersuara.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan dirinya menerima ugutan dan berdepan fasa cancel selepas lantang bersuara mengenai situasi yang berlaku di Indonesia.

Menerusi perkongsian di Threads, Cakra berkata dia tidak hairan jika menerima ugutan tersebut hanya kerana dia berani menyuarakan pandangannya.

Advertisement

“Ugut dan cancel saya hanya sebab saya bercakap demi ketamakan manusia yang hancurkan hutan. Teruskanlah,”tulisnya.

Katanya, meskipun menerima pelbagai tentangan, minatnya terhadap industri seni tidak akan pernah pudar.

“Sekurang-kurangnya saya tidak akan kehilangan minat saya,”ujarnya.

Advertisement

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata terutama orang Malaysia memuji keberanian Cakra, selain memberikan sokongan penuh kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu.

“Kami orang Malaysia dibelakang kamu Chakra.

“Teruskan berbicara. Kami memerlukan orang yang berpengaruh seperti kamu.

“Kamu tak akan hilang peminat, terima kasih kerana menjadi orang yang real,” komen netizen

Sebelum ini, Cakra pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepada Malaysia sempena hari kemerdekaan sambil memohon maaf atas kejadian kebakaran yang sedang melanda negara tersebut sehingga memberi kesan jerebu pada Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement