Skip to main content

Antarabangsa

China Dakwa Ikan, Penyu Jadi 'Perisik' Curi Data Sensitif

Astrogempak Penyu

Sekilas

  • China mendakwa penyu dan ikan di perairannya dipasang alat pengesan oleh agensi perisikan asing untuk memetakan kawasan dasar laut.
  • Kementerian Keselamatan Negara China berkata haiwan marin ini mengumpul data sensitif seperti suhu air dan arus laut sebelum menghantarnya ke luar negara.
  • Pihak berkuasa menggesa pemeriksaan keselamatan terhadap peralatan luar negara dan meminta nelayan melaporkan sebarang peranti mencurigakan di laut.
Advertisement

China mendakwa penyu dan ikan di perairannya dipasang alat pengesan oleh agensi perisikan asing, dipercayai bagi memetakan kawasan dasar laut di sepanjang pantai.

Dalam satu hantaran media sosial bertajuk 'Di Bawah Laut Biru, Arus Tersembunyi Sedang Bergelora', Kementerian Keselamatan Negara China berkata, agensi perisik antarabangsa kini menggunakan 'alat pengintip baharu’ untuk mencuri data sensitif marin.

Advertisement

“Haiwan marin bersaiz agak besar yang dipasang sensor ditemui di beberapa perairan China,” menurut kementerian itu menerusi bahagian bertajuk 'Penyu dan Ikan Perisik'.

Menurut kenyataan itu lagi, makhluk berkenaan ditemui berenang di kawasan tertentu sambil mengumpulkan data sensitif mengenai persekitaran laut seperti suhu air, kadar kemasinan dan arus laut sebelum menghantarnya ke luar negara melalui satelit.

Kumpulan asing juga didakwa menggunakan peluncur ombak berkuasa solar, boya dengan sensor berketepatan tinggi serta peranti dipasang pada kapal kargo yang mampu memantau ‘dinamik pelabuhan’ secara masa nyata, tanpa menamakan mana-mana agensi tertentu.

Data dikumpulkan itu didakwa digunakan untuk menghasilkan ‘peta bawah laut’ kononnya boleh mengenal pasti kelemahan pertahanan pantai China, sekali gus menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Pihak berkuasa turut menggesa pemeriksaan keselamatan dilakukan terhadap peralatan diterima dari luar negara serta meminta nelayan melaporkan sebarang boya atau peranti mencurigakan yang ditemui di laut.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement