Skip to main content

Selebriti

Christine Hakim & Reza Rahadian Buat Eman Manan Semangat Untuk…

Christine Hakim & Reza Rahadian Buat Eman Manan Semangat Untuk…

Sekilas

  • Eman Manan menerima tawaran berlakon dalam filem Langit 2 Warna selepas tertarik dengan naskhah dan perbincangan bersama pengarah Erma Fatima.
  • Antara faktor utama Eman adalah barisan pelakon hebat termasuk dua pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian dan Christine Hakim.
  • Langit 2 Warna merupakan karya terbaru Erma Fatima selepas hampir sedekad tidak menerbitkan filem dan dijangka ditayangkan tahun hadapan.
Advertisement

Pelakon, Eman Manan berkongsi sebab dirinya menerima tawaran untuk membintangi filem Langit 2 Warna arahan Erma Fatima.


 

Advertisement

Menurut Eman, dia tertarik untuk menyertai filem berkenaan selepas membaca naskhah dan berbincang dengan Erma yang berjaya membangkitkan semangatnya untuk berlakon.


 

Selain faktor pengarah, Eman turut tertarik dengan barisan pelakon hebat yang terlibat, termasuk dua pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian dan Christine Hakim.

Advertisement


 

“Untuk melonjakkan nafsu saya, saya perlukan sesuatu yang menghairahkan supaya hingga penghujungnya saya semakin kuat. Apabila diajukan mengenai filem ini dan kami berbincang dengan Erma, saya dapati banyak perkara yang menghairahkan saya dalam filem ini.


 

“Antara keghairahan yang ada ialah pengarah dan barisan pelakon. Paling melonjakkan nafsu saya ialah Christine Hakim dan Reza Rahadian turut membintangi filem ini,” katanya kepada Gempak.


 

Sekadar info, selepas hampir sedekad tidak menerbitkan filem, Erma akhirnya kembali dengan karya terbaharunya menerusi Langit 2 Warna yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.


 

Selain Eman Manan, filem berkenaan menampilkan Reza Rahadian, Ummi Nazeera, Christine Hakim, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Umie Aida, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement