Skip to main content

Selebriti

"Dah Bang, Jangan Sampai Saya Yang Jadi Jamilah" - Komen Kamal Adli di Hantaran Que Haidar Buat Ramai Terhibur

Kamal adli

Sekilas

  • Kamal Adli mencuri perhatian selepas meninggalkan komen lucu di video miming terbaru Que Haidar di Threads.
  • Kamal berseloroh agar Que berhenti sebelum dia bertukar menjadi Jamilah, mengundang gelak tawa netizen.
  • Video miming Que Haidar lagu 'Jamilah' kini viral dengan lebih 11.6 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi positif dari netizen.

Pelakon, Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen di perkongsian aktor, Que Haidar, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Que memuat naik video dirinya yang sedang melakukan trendmiming terbaharu sambil mengenakan pakaian bewarna putih.

Namun, apa yang mencuit hati apabila Kamal sempat berseloroh agar Que menghentikannya sebelum dirinya bertukar menjadi Jamilah.

"Dah bang. Jangan sampai saya yang jadi Jamilah," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gurauan Kamal, malah ada yang menyarankannya agar menyertai pertandingan komedi.

"Tahun ini sila sertai maharajalawak.

"Ketua Thread sudah datang.

"Aduh sabar jela. Letih nak gelak dari sekarang.

"Sudah nak jadi Jamilah pula," komen netizen.

Terdahulu, Que Haidar menyorot perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya menyanyikan lagu ‘Jamilah’ secara ‘miming’ sambil baring di atas katil.

Sehingga kini, video itu telah meraih lebih 11.6 juta tontonan, 15,900 komen dan 277,400 tanda suka di TikTok.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan aksi bersahaja pelakon itu sehingga ramai wanita berseloroh mahu menukar nama kepada Jamilah gara-gara populariti mendadak lagu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement