Sekilas
- Seorang doktor klinik swasta, Dr Chia Tong Hong, didakwa membunuh isteri dan anak lelakinya berusia empat tahun pada 30 Disember lalu.
- Dr Chia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dan turut didakwa menghalang siasatan pihak berkuasa.
- Kes akan disambung sebutan pada 17 Mac, dengan hukuman maksimum penjara 40 tahun atau mati jika sabit kesalahan.
Seorang doktor sebuah klinik swasta berdepan hukuman penjara 40 tahun selepas didakwa membunuh isteri dan anak lelakinya yang berusia empat tahun.
Dr Chia Tong Hong didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediamannya antara jam 9.50 malam hingga 10.34 malam pada 30 Disember lalu.
Walau bagaimanapun, Chia membuatkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan A. Shaarmini pada Khamis.
Menurut fakta kes, Cha yang berusia 34 tahun didakwa telah mengubah kedudukan mayat anak lelakinya serta melupuskan kuku palsu isterinya iaitu Phun Lai Ling selepas pembunuhan berlaku.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta maksimum 12 sebatan.
Sementara itu, Chia turut didakwa atas kesalahan menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali, serta Seksyen 201 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Pada Khamis, Ketua Polis Johor iaitu Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan penemuan mayat dua beranak dengan kecederaan yang selari dengan perbuatan jenayah.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.
Hasil bedas siasat mengesahkan wanita itu meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam darah kerana sukar bernafas manakala kanak-kanak tersebut akibat dicekik.
Sumber: The Star