Skip to main content

Viral

Didakwa Perlekeh Isteri Tak Pandai Buat Konten, Aqil Zulkiflee Tak Layan Kecaman – “Haters Memang Tunggu Masa Nak Maki Carut Aku”

WhatsApp Image 2026 02 26 at 3.12.13 PM

Sekilas

  • Aqil Zulkiflee kecewa dengan kecaman netizen selepas video TikToknya yang didakwa merungut tentang isteri tular di media sosial.
  • Aqil menegaskan isteri ada di sebelah semasa siaran langsung dan memahami gurauannya, serta menafikan dakwaan tidak menghormati isteri.
  • Dia menegaskan hubungan rumah tangganya baik dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berlebihan.

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee meluahkan rasa kecewa selepas menerima pelbagai kecaman susulan video dirinya yang didakwa merungut tentang isterinya tidak mahir menghasilkan kandungan bersamanya ketika siaran langsung di TikTok tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Aqil bagaimanapun menegaskan dia tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan dan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian masing-masing.

“Ramai betul orang kecam, haters memang tunggu masa nak maki carut aku. Ikut koranglah nak buat andaian apa pun daripada potongan live tu,” tulisnya.

Menurutnya, situasi sebenar tidak seperti yang digambarkan segelintir netizen. Malah, isterinya berada di sebelah ketika siaran langsung tersebut dan memahami gurauannya.

“Hakikatnya bini aku ada sebelah masa live tu, siap gelak-gelak lagi tengok perangai aku. Kemain manipulasi cerita sampai nampak macam aku tak hormat isteri sendiri dan buka aib bagai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aqil menegaskan hubungan rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berlebihan.

“Apa pun yang paling penting, aku dengan bini aku baik-baik sahaja. Korang tak payah risau sangat. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Terdahulu, Aqil mencetuskan kontroversi apabila rakaman siaran langsung TikTok miliknya tular, memaparkan dirinya menyakat isterinya yang kurang mahir menghasilkan konten.

Dia turut didakwa memperlekehkan isteri serta merungut mengenai pemberian wang berjumlah RM2,000, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement