Skip to main content

Berita Tempatan

Doktor Makin Bimbang Risiko Disaman, Pesakit Kini Lebih Peka Hak Sendiri

ASTRO GEMPAK doktor faizi

Sekilas

  • Doktor kini berdepan cabaran lebih besar termasuk risiko aduan dan tindakan undang-undang akibat pesakit yang semakin faham hak mereka.
  • Masalah komunikasi, dokumentasi tidak lengkap, dan persetujuan pesakit sering menjadi punca pertikaian dalam rawatan perubatan.
  • Kesedaran medikolegal penting untuk membantu doktor memberikan rawatan yang lebih selamat, telus, dan beretika demi manfaat pesakit.

Profesion doktor kini bukan sahaja berdepan cabaran merawat pesakit, malah perlu lebih berhati-hati terhadap risiko aduan, siasatan dan tindakan undang-undang yang semakin meningkat.

Bekas Pengarah Bahagian Etika dan Perundangan Majlis Perubatan Malaysia yang juga Pengasas IDEAL Advisory, Dr. Faizi Rosli, berkata landskap penjagaan kesihatan hari ini jauh berbeza berbanding sebelum ini apabila pesakit semakin memahami hak mereka serta mempunyai jangkaan yang lebih tinggi terhadap rawatan yang diterima.

"Doktor dan petugas kesihatan hari ini bekerja dalam keadaan yang jauh lebih mencabar berbanding dahulu. Pesakit kini lebih tahu hak mereka. Setiap keputusan rawatan bukan sahaja dilihat dari sudut perubatan, tetapi juga dari sudut undang-undang dan etika," katanya.

Menurut Dr. Faizi, kebanyakan pertikaian yang berlaku bukan semata-mata berpunca daripada kelemahan rawatan, sebaliknya sering melibatkan komunikasi yang kurang jelas, rekod rawatan yang tidak lengkap, isu persetujuan pesakit sebelum rawatan, kerahsiaan maklumat serta sempadan profesional.

"Berdasarkan pengalaman saya, banyak aduan berlaku bukan kerana doktor tidak pandai merawat, tetapi kerana penerangan tidak cukup jelas atau dokumentasi tidak lengkap. Ada juga kes berlaku kerana pesakit tidak benar-benar faham risiko rawatan sebelum memberi persetujuan," katanya.

Beliau berkata, beberapa kes kecuaian perubatan di Malaysia sebelum ini turut menyaksikan pampasan yang tinggi, termasuk ada yang melebihi RM8 juta, manakala satu lagi kes terkini merekodkan pampasan hampir RM9.5 juta, antara yang tertinggi pernah diberikan di negara ini.

Dr. Faizi menjelaskan, kesedaran mengenai aspek medikolegal bukan bertujuan mengajar doktor mengelak daripada dipertanggungjawabkan, sebaliknya membantu mereka memberikan rawatan yang lebih selamat, telus dan beretika.

"Matlamatnya bukan untuk mengelak tindakan undang-undang, tetapi untuk membantu petugas kesihatan bekerja dengan lebih baik. Apabila komunikasi lebih jelas, rekod lebih lengkap dan keputusan dibuat dengan beretika, pesakit juga yang mendapat manfaat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bengkel Clinical Ethics and Medicolegal Workshop: Protecting Your Practice yang menghimpunkan doktor dan petugas kesihatan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan etika klinikal, komunikasi profesional serta tanggungjawab undang-undang dalam amalan perubatan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement