Skip to main content

Selebriti

Dr Fie Hilang Sabar! Dakwa ‘Maid’ Nubhan Cium Bibir Anak Lelaki - “Dah Tegur, Lepas Itu Dia…”

Dr Fie

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah berkongsi rasa kurang senang apabila pembantu rumah yang dibawa oleh bekas suaminya, Nubhan, mencium anak mereka, Aaffan, tanpa memakai pelitup muka semasa lawatan di hospital.
  • Insiden tersebut mengganggu hari yang sepatutnya membawa kelegaan buat Dr. Afifah kerana Aaffan sedang dirawat akibat jangkitan telinga.
  • Netizen menyokong pandangan Dr. Afifah dan menganggap tindakan mencium kanak-kanak tanpa izin ibu bapa sebagai tidak wajar dan perlu dielakkan.

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pembantu rumah bekas suami yang mencium anak lelakinya, Aaffan. 

Menerusi satu hantaran di Threads, Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie menyatakan pembantu rumah tersebut telah mencium Aaffan secara terus di bahagian mulut tanpa memakai pelitup muka 

"Apa satu perkara yang buatkan hari anda semakin baik? Hari saya hampir bertambah baik. Bekas suami buat kejutan lawatan di hospital. 

“Namun, dia membawa pembantu rumah bersama-sama dan pembantu tersebut memberikan ciuman pada anak lelaki saya tanpa memakai mask. Ingatkan hari itu jadi semakin better, namun bertukar jadi bitter," tulisnya.

Dalam pada itu, Fie berkongsi bahawa dia telah pun menegur pembantu tersebut namun tiada mohon maaf yang diungkapkan dari wanita tersebut.

"Saya dah tegur dan marah, dia sikit pun tak minta maaf dan hanya tersenyum sahaja seakan-akan dia yang terpaling sayang anak saya. Pelik betul. Saya tak boleh brain," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangannya dan menyifatkan tindakan mencium kanak-kanak tanpa izin ibu bapa sebagai sesuatu yang tidak wajar.

"Pembantu rumah cium dengan mulut itu tak boleh. Tegur sikit mereka doktor.

"Selepas ini, jangan beri pembantu rumah dekat dengan anak-anak doktor. Tak malu betul cium anak orang.

"Cium guna mulut adalah perkara yang dilarang sekali. Lindungi anak Dr dengan apa jua cara.

"Saya yang baca ni pun geram," komen netizen.

Sebelum ini, Dr. Fie memaklumkan bahawa Aaffan telah dimasukkan ke wad akibat jangkitan pada kedua-dua telinganya.

Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, membabitkan lafaz yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.


Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan penyanyi Nubhan sah cerai dengan bekas isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek buat kali kedua pada 2 Disember 2025.

Untuk rekod, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun

Must-Watch Video

Advertisement