Skip to main content

Selebriti

"Drone Banyak, Disuruhnya Kita Bertenang" - Nadzmi Adhwa

Nadzmi tunjuk ardel dron

Pelakon, Nadzmi Adhwa mencuri perhatian apabila berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama isterinya, Ardell Aryana yang kini dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi meluahkan rasa risaunya terhadap keselamatan Ardell namun tetap kagum dengan ketabahan isterinya.

Advertisement

"Drone banyak. Disuruhnya kita bertenang. Korang kat sana la kena tenang dan kuat. Ish, memang isteriku seorang pahlawan," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Ardell mendedahkan perjalanan menaiki kapal ke Gaza tidak pernah sunyi daripada pemantauan drone, malah bilangannya semakin bertambah sejak semalam.

"Semalam, hari ini memang dah mula banyak drone. Tapi malam ini lebih banyak. Dia nak tengok berapa kapal lalu. Awak tenang sahaja, tiada apa-apa yang akan berlaku," kongsinya.

Misi Global Sumud Flotilla kali ini menghimpunkan aktivis dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement