Skip to main content

Antarabangsa

Enggan Cuci Bilik Air, Wanita Disimbah Asid Oleh Ibu Mentua

Enggan Cuci Bilik Air, Wanita Disimbah Asid Oleh Ibu Mentua

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 26 tahun disimbah asid oleh ibu mentuanya di Gorwa selepas enggan membersihkan bilik air kerana alahan terhadap bahan tersebut.
  • Mangsa mengalami kecederaan pada muka dan leher serta dikejarkan ke Hospital SSG untuk rawatan susulan.
  • Polis Gorwa membuka siasatan terhadap ibu mentua, suami, bapa mentua dan dua adik-beradik ipar mangsa berhubung kejadian tersebut.
Advertisement

Seorang wanita berusia 26 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas dipercayai disimbah asid oleh ibu mentuanya di kediaman mereka di kawasan Gorwa, di sini, pada 10 September lalu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital SSG untuk mendapatkan rawatan susulan kejadian berkenaan.

Advertisement

Polis Gorwa telah membuka kertas siasatan terhadap ibu mentua, suami, bapa mentua serta dua adik-beradik ipar mangsa berhubung kejadian tersebut.

Menurut laporan dibuat mangsa, dia yang tinggal di sebuah kawasan perumahan di Panchvati Sahyog Road berkahwin dengan seorang lelaki dari Vadodara pada 2021.

Mangsa mendakwa sejak berkahwin, dia sering bertengkar dengan suami, ibu mentua, bapa mentua dan dua adik-beradik iparnya selain mendakwa mengalami gangguan daripada keluarga tersebut.

Dia turut mendakwa pernah dipukul ibu mentuanya sebelum ini, manakala dua adik-beradik iparnya didakwa sering menghasut suaminya terhadap dirinya.

Malah, keluarga berkenaan turut didakwa mempersoalkan kesetiaan mangsa terhadap suaminya.

Menurut laporan itu lagi, pada petang 10 September, ibu mentua mangsa memintanya membersihkan bilik air menggunakan asid.

Bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana mendakwa dirinya mengalami alahan terhadap bahan berkenaan.

Penolakan itu dipercayai menyebabkan ibu mentuanya berang sebelum mengambil sebotol asid dari bilik air dan menyimbah sebahagian kandungannya ke bahagian kanan muka serta leher mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan akibat terkena bahan kimia berkenaan sebelum menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa suaminya tidak memberikan bantuan kepadanya selepas kejadian tersebut.

Mangsa kemudian menghubungi sepupu daripada keluarganya sebelum mereka membawanya ke Hospital SSG untuk mendapatkan rawatan.

Polis Gorwa kini menjalankan siasatan bagi mengetahui kejadian sebenar dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement