Penyanyi, Shila Amzah mencuri tumpuan netizen selepas berkongsi gelagat suaminya, Ubai di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Shila atau nama lengkpanya Nurshahila Amir Amzah berkongsi video Ubai sedang menyanyikan sebuah lagu berunsur Islamik sambil melakukan rutin penjagaan kulit di hadapan cermin.
Advertisement
Namun, apa yang lebih mencuit hati bukanlah lagu yang dinyanyikan, sebaliknya suara Ubai yang kedengaran sedikit sumbang, tetapi tetap dinyanyikan dengan penuh yakin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Ubai, malah ada yang berseloroh mengatakan bakatnya mungkin lebih sesuai menjadi penyanyi latar.
"Mungkin yang penyanyi ganti je rasanya, yang sekadar bunyi aaaa.
"Mungkin calon simpanan sahaja kut.
"Mungkin dia back-up singer je. Buat bunyi harmoni semata-mata.
"Nangis ke nasyid ni.
"Dia rock kan nasyid tu gais.
"Rasa betul dah tu. Tapi duduk tepi," komen netizen