Skip to main content

Selebriti

Gelombang ‘Kebenaran’ Melanda KL! Ribuan Sertai Kebena-RUN 2025 Sempena Papa Zola The Movie

papazola

Sekilas

  • MONSTA dan Astro Shaw dengan kerjasama DBKL serta KL Car Free Morning menganjurkan larian Kebena-RUN 2025 sempena tayangan Papa Zola The Movie mulai 11 Disember 2025.
  • Larian sejauh 5km bermula dengan sesi pemanasan badan dan pelepasan rasmi oleh maskot Papa Zola serta karakter MONSTA Universe di Kuala Lumpur.
  • Ribuan peserta menerima pakej eksklusif dan menikmati pengalaman interaktif termasuk aktiviti bersama maskot dan sesi bergambar khas.

Bersempena tayangan Papa Zola The Movie di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 11 Disember 2025, MONSTA dan Astro Shaw dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta KL Car Free Morning menganjurkan acara larian Kebena-RUN 2025, hari ini.

Acara ini turut menyaksikan pelancaran rasmi larian Kebena-RUN di Kuala Lumpur iaitu lokasi “penggambaran” Papa Zola The Movie, yang menjadi inspirasi kepada visual dan dunia filem tersebut.

Acara larian sejauh 5km ini bermula dengan sesi memanaskan badan pada jam 6.45 pagi, diikuti flag-off pada pukul 7.00 pagi.

Pelepasan tersebut turut disempurnakan oleh maskot Papa Zola, Mama Zila, Pipi Zola serta karakter popular daripada MONSTA Universe seperti BoBoiBoy dan Mechamato, bersama Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abd Razak, Ketua Eksekutif Monsta dan, wakil DBKL dan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan.

Kebena-RUN 2025 menyaksikan penyertaan ribuan peserta, terdiri daripada peminat animasi tempatan yang hadir bersama keluarga.

Setiap peserta menerima pakej eksklusif termasuk baju jersey, pingat, topeng Papa Zola dan pelbagai barangan eksklusif Kebena-RUN.

Acara ini turut memberikan pengalaman interaktif kepada peserta, termasuk sesi bergambar, aktiviti bersama maskot watak-watak MONSTA, serta beberapa penyertaan istimewa eksklusif untuk Kebena-RUN.

Must-Watch Video

Advertisement