Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Gementar Bila Dijemput & Tenang Bila Tak Diajak, Anda Mungkin Seorang FOBI

FOBI

Kalau sebelum ini ramai pernah mendengar tentang istilah FOMO atau Fear Of Missing Out iaitu perasaan takut ketinggalan dalam pelbagai situasi, kini muncul pula satu istilah yang bertentangan dengannya iaitu FOBI.

FOBI atau Fear Of Being Included merujuk kepada individu yang berasa takut bila diajak menyertai sesuatu aktiviti. Ironinya, bila mereka tidak dipanggil, itu yang buat mereka paling gembira.

Advertisement

Kedengaran pelik, tapi inilah realiti segelintir orang. Situasi yang dianggap menyeronokkan oleh ramai, bagi mereka pula jadi mimpi ngeri. Ada yang sanggup cari pelbagai alasan semata-mata untuk elak jemputan kerana rasa cemas, berdebar, tangan berpeluh hingga fikiran jadi kosong.

Apakah ciri-ciri orang FOBI?

1. Lega bila tidak diajak.

2. Cemas bila nama disebut

3. Cari alasan untuk elak jemputan.

4. Selesa duduk di belakang.

5. Suka jadi pemerhati senyap.

6. Rasa “overthinking” selepas bersosial

7. Lebih suka jadi “silent reader”.

8. Takut komitmen sosial

9. Cepat penat bila bersama ramai orang.

10.Rasa terperangkap bila tak boleh elak jemputan.

Walaupun nampak tenang dari luar, hakikatnya individu FOBI berperang dengan anxiety yang orang sekeliling jarang faham. Bila mereka mengelak atau lebih memilih untuk menyendiri, ada pula yang mudah melabel mereka sebagai sombong, dingin atau tak pandai bersosial.

Kalau tidak dikawal, FOBI boleh jejaskan hubungan sosial dan perlahan-lahan mendorong seseorang hidup dalam isolasi.

Sumber: Awani menerusi @publichealthmalaysia  

Must-Watch Video

Advertisement