Sekilas
- Gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda wilayah Flores, Indonesia, dengan pusat gempa 36 km di timur laut Mbay pada kedalaman 15 km.
- BMKG Indonesia mengeluarkan amaran tsunami susulan gegaran kuat yang dirasai di beberapa kawasan sekitar.
- Tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini, namun penduduk panik dan bergegas mencari tempat selamat.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan wilayah Flores di Indonesia pada awal pagi Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, lapor Xinhua.
Pusat gempa terletak 36 kilometer (km) di timur laut Mbay, wilayah Nusa Tenggara Timur, pada kedalaman 15 km, menurut BMKG yang turut mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu.
Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan, menyebabkan ramai penduduk yang panik bergegas keluar ke jalan untuk mencari tempat selamat, menurut laporan media tempatan.
Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.
Sumber: Awani menerusi Bernama