Skip to main content

Viral

Gen Z Nepal Protes Media Sosial Diharamkan, 14 Terbunuh

protes

Sekurangnya dilaporkan 14 terbunuh dalam protes yang berlaku di Nepal di antara generasi Z dengan pihak berkuasa apabila kerajaan mengambil keputusan mengharamkan beberapa platform media sosial.

Ribuan penunjuk perasaan yang terdiri dalam kalangan generasi Z terutama lingkungan usia 20-an tidak berpuas hati apabila kerajaan mengumumkan pengharaman 26 platform media sosial.

Advertisement

Antara platform media sosial yang mahu diharamkan di Nepal termasuklah 
Facebook, YouTube dan X.

Lantaran itu demonstrasi yang tercetus telah meragut 14 nyawa dengan lebih 100 mengalami kecederaan, lapor  The Kathmandu Post.

Aksi protes bermula di Kathmandu sebelum menular ke seluruh negara dengan polis terpaksa menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meredakan ketegangan.

Penunjuk perasaan antaranya dilihat membawa sepanduk ‘Shut down corruption, not social media (matikan rasuah, bukan media sosial’) , ‘Jangan sekat media sosial’ dan ‘Generasi kini membantah rasuah’.

Kerajaan pula menuduh segelintir pengguna sosial media telah menyebarkan berita tidak benar dan memburukkan keadaan dengan penggunaan akaun palsu.

Nepal mengharamkan beberapa platform media sosial termasuk WhatsApp selepas gagal mencapai persetujuan mengenai syarat baharu pendaftaran lesen yang ditetapkan kerajaan.

Sekitar 90 peratus daripada 30 juta penduduk Nepal merupakan pengguna internet.

Must-Watch Video

Advertisement