Skip to main content

Berita

Global Sumud Flotilla: Kesemua 23 Delegasi Malaysia Disahkan Ditahan

SUMUD TAHAN

Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan pada jam 4.24 petang waktu Malaysia, kata Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery.

Beliau berkata, penahanan itu disahkan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) apabila komunikasi dengan delegasi terputus dan terdapat visual menunjukkan mereka ditahan Israel Defence Forces (IDF).

"Selepas 20 jam daripada insiden pintasan atau interpendasi pertama, SNCC mengesahkan pada jam 4.25 petang waktu Malaysia, kesemua 23 delegasi Malaysia diisytiharkan ditahan.

Advertisement

"(Pengisytiharan itu dibuat selaras dengan) Mengikut prosedur operasi standard (SOP), komunikasi dengan mereka terputus serta terdapat visual yang menunjukkan mereka ditahan oleh pihak Israel Defence Forces (IDF).

"Laporan turut menyebut kapal-kapal seperti Sirius dan Estella Manuel mula memasuki pelabuhan H-DOT di Escalon dan SNCC menjangkakan kemungkinan sebahagian daripada delegasi telah dipindahkan ke darat," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Sani Araby memberitahu, pasukan perundangan di Jordan juga kini berada dalam keadaan siap siaga untuk mewakili delegasi Malaysia dalam sebarang proses soal siasat dan tindakan susulan yang diperlukan.

Beliau memberitahu, SNCC turut memaklumkan pihaknya akan segera mengadakan pertemuan dengan keluarga delegasi Malaysia bagi menyampaikan perkembangan terkini, memberikan jaminan sokongan penuh serta memastikan mereka dimaklumkan secara berterusan mengenai situasi semasa.

Sumber: Astro AWANI 

Must-Watch Video

Advertisement