Skip to main content

Konsert

Hampir 12,000 Penonton Banjiri Stadium, Konsert Wali Kembali Bukan Sekadar Hiburan

Bakar isteri

Sekilas

  • Hampir 12,000 penonton hadir ke Konsert Wali Kembali di Stadium Hoki Bukit Jalil walaupun hujan lebat sebelum acara bermula.
  • Wali Band membawakan lagu-lagu hit mereka seperti ‘Aku Bukan Bang Toyib’ dan ‘Cari Jodoh’ sambil menyampaikan zikir dan doa buat peminat serta rakyat Palestin.
  • Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga menyampaikan mesej bermakna yang menyentuh emosi dan jiwa para pendengar.
Advertisement

Hampir 12,000 penonton membanjiri Stadium Hoki Bukit Jalil bagi menyaksikan Konsert Wali Kembali yang berlangsung pada Jumaat.


 

Advertisement

Meskipun hujan lebat sebelum konsert bermula, namun ia sama sekali tidak  mencacatkan persembahan konsert solo Wali Band anjuran bersama GIS Entertainment & Events bersama Infinity Love Creative Ventures ini.


 

Sebaliknya, konsert bermula seperti dijadualkan tepat jam 8.30 malam, disambut dengan sorakan gemuruh penonton yang sebahagiannya sudah pun menunggu di perkarangan stadium seawal jam 4 petang. 

Advertisement


 

Lebih menarik, Wali Band membawakan lagu-lagu hit mereka seperti Aku Bukan Bang Toyib’, ‘Tobat Maksiat’, ‘Yank’, ‘Cari Jodoh’ dan ‘Baik-Baik Sayang’.


 

Wali Band yang dianggotai Faank (vokal), Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci) terharu dengan semangat dan sokongan yang diberikan peminat terhadap persembahan mereka.


 

Tidak hanya sekadar memberikan hiburan semata-mata buat penonton, Wali Band turut mengambil kesempatan untuk memgalunkan zikir dan menitipkan doa-doa buat para peminat, termasuk bacaan Al-Fatihah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka terhadap yang hadir. 


 

Tidak ketinggalan, mereka juga menyampaikan doa khusus buat rakyat Palestin sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap situasi kemanusiaan yang sedang berlaku, sekali gus mencerminkan identiti Wali Band yang sinonim dengan konsep dakwah hiburan.


 

Secara keseluruhannya, 'Wali Kembali' bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah pengalaman yang menyentuh emosi dan jiwa.


 

Ia membuktikan bahawa kekuatan muzik Wali Band terletak bukan hanya pada melodi, tetapi juga pada mesej yang memberi makna kepada kehidupan para pendengar.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement