Skip to main content

Selebriti

Harissa Adlynn Akui Sukar Balas Mesej, Lebih Selesa Bersemuka - "Tak Pasti Ini Red Flag..."

WhatsApp Image 2026 04 29 at 10.01.01 PM

Sekilas

  • Pelakon Harissa Adlynn mengakui dia sukar membalas mesej atau panggilan telefon, termasuk daripada keluarga dan rakan rapat.
  • Harissa lebih selesa berjumpa secara bersemuka berbanding berinteraksi melalui telefon atau mesej.
  • Walaupun jarang berhubung, hubungan Harissa dengan rakan-rakan tetap baik dan mereka memahami tabiatnya itu.

Pelakon, Harissa Adlynn, 23, mengakui dirinya mempunyai tabiat sukar membalas mesej atau panggilan telefon.

Menurut Harissa, mereka yang rapat dengannya sudah terbiasa dengan sikap tersebut, termasuk ibunya sendiri.

“Saya tak pasti sama ada ini boleh dianggap sebagai ‘red flag’. Tapi terus terang, saya memang jarang balas mesej atau panggilan. Itulah diri saya.

“Sama ada kawan, keluarga atau sesiapa sahaja, memang saya susah nak balas mesej.

“Mesej WhatsApp yang tak dibaca pun sangat banyak. Ibu saya sendiri sampai guna huruf besar sebab geram,” katanya kepada Gempak.

Harissa berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP, malam semalam.

Mengulas lanjut, Harissa menjelaskan dia lebih selesa berjumpa secara berhadapan berbanding berinteraksi secara maya.

“Kalau dengan ibu, kadang-kadang saya tak balas sebab sibuk dan tak pegang telefon. Tapi dengan orang lain, memang saya malas nak balas. Saya tak gemar berbalas mesej atau bercakap di telefon.

“Kalau nak berbual, saya lebih suka jumpa terus. Kalau tak, saya selesa bersendirian. Kebanyakan kawan saya pun sudah matang dan berkahwin, jadi mereka jarang mesej,” ujarnya.

Pelakon drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar itu turut berkongsi bahawa rakan-rakannya memahami tabiatnya dan hubungan mereka kekal baik walaupun jarang berhubung.

“Dengan kawan baik pun, kami jarang mesej atau telefon. Tapi bila ada masa, kami akan melancong bersama. Dia antara orang yang paling saya percaya.

“Ada masa, bila kami luangkan masa bersama, kami tak banyak bercakap pun. Masing-masing buat hal sendiri, tapi tetap selesa,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement