Skip to main content

Berita

Helikopter Terbakar: Semua Penerbangan Di Lapangan Terbang Subang Ditangguhkan

Helikopter Terbakar: Semua Penerbangan Di Lapangan Terbang Subang Ditangguhkan

Sekilas

  • Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ditangguhkan selepas kebakaran helikopter Kamov Ka-32S semasa ujian enjin pada Sabtu.
  • Satu mangsa cedera akibat serpihan manakala empat kru warga Ukraine berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan serius.
  • Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan melalui Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Advertisement

Semua penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan kebakaran sebuah helikopter di lapangan terbang berkenaan pada Sabtu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kejadian membabitkan helikopter jenis Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran UR-CIT kira-kira jam 12.28 tengah hari.

Advertisement

Menurutnya, helikopter berkenaan sedang menjalani ujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada aktiviti penyelenggaraan ketika kejadian.

"Susulan kejadian itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup. Penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status penerbangan,” jelas CAAM.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah helikopter terbakar ketika hendak berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.

Menurut CAAM, kejadian berkenaan akan disiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Awani menerusi Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement