Skip to main content

Selebriti

Heliza Helmi Titip Doa Buat Amira, Netizen Puji Ikatan Persahabatan - "Ini Tandanya Mereka.."

Heliza Helmi wish Amira Othman

Pendakwah bebas, Heliza Helmi tetap tidak melupakan sahabat baiknya, penyanyi Amira Othman meskipun kini berada jauh di perantauan bagi menjayakan misi kemanusiaan Sumud Nusantara.

Menerusi perkongsian di Instagram, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza binti Helmi menitipkan doa penuh tulus buat Amira dan pelakon, Fattah Amin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Advertisement

"Buat adinda, Semoga Allah permudahkan segalanya dan kurniakan sakinah mawaddah wa rahmah buat kalian bahagia sehingga ke Jannah.

"Maaf tidak dapat hadir majlis kerana berada dalam misi @sumudnusantaraofficial. Apapun doa kami senantiasa mengiringi. Doakan kami sama ya.

"Dua-dua insan yang baik adab dan akhlaknya. MasyaAllah, gembira untuk kamu berdua," tulis Heliza.

Sementara itu, ruangan komen dihujani doa daripada para peminat yang bukan sahaja mendoakan kebahagiaan Amira, malah kagum melihat eratnya persahabatan antara kedua-dua figura tersebut.

"Semoga dipermudahkan urusan Amira dan Kak Ja.

"Moga Allah permudahkan urusan kedua-duanya.

"Kak Ja best berlakon. Suka tengok circle Amira.

"Amira ni ada vibes semua kawan-kawan yang positif.

"Jika Kak Ja berkawan dengan Amira, ini tandanya mereka memang ada vibes positif," komen netizen.

Untuk rekod, Heliza kini berada di Gaza bagi menyertai misi kemanusiaan antarabangsa Global Sumud Flotilla bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Must-Watch Video

Advertisement