Skip to main content

Viral

Hidap Disleksia, Kisah Pemuda 17 Tahun Jual Air Tembikai Tanpa Harga Runtun Hati Netizen - “Saya Tak Pandai Mengira Tapi…”

Zufar

Sekilas

  • Zufar, 17 tahun, menjual air tembikai dengan konsep bayaran seikhlas hati kerana dia menghidap disleksia dan tidak pandai mengira atau membaca nombor.
  • Walaupun menghadapi cabaran, Zufar tetap bersemangat dan mendapat sokongan penuh daripada keluarga dalam usahanya mencari rezeki.
  • Perkongsian Zufar di TikTok mendapat perhatian ramai yang memuji semangatnya, sambil mendoakan agar perniagaannya terus dipermudahkan.
Advertisement

Di TikTok, tular satu perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai Zufar yang menjual air tembikai demi menyara kehidupan.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Zufar yang baru berusia 17 tahun memaklumkan bahawa dia tidak meletakkan harga dan mengamalkan konsep bayaran seikhlas hati daripada pembeli.

Advertisement

Kongsi Zufar, dia mempunyai kesukaran untuk mengira serta tidak mengenal nombor kerana menghidap disleksia.

“Nama saya Zufar, 17 tahun. Saya jual air tembikai.

“Ramai yang tanya kenapa tak letak harga? Sebab Zufar tak pandai mengira dan tak pandai baca nombor. Doktor kata disleksia,” luahnya.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Zufar menganggap segala yang terjadi merupakan ujian dan bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang banyak memberi sokongan.

“Tapi Zufar okay saja, saya anggap ini adalah cabaran. Keluarga Zufar juga tak nak saya putus asa.

“Ibu, ayah, abang dan kakak semuanya percaya pada Zufar.

“Walaupun saya tak pandai membaca dan mengira tapi saya tahu satu benda. Zufar tahu nak berusaha. Setiap gelas yang saya buat, saya buat dengan sepenuh hati,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya kagum melihat semangat pemuda berkenaan yang tetap berusaha mencari rezeki meskipun mempunyai kekurangan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa terdapat pembeli tergamak membayar dengan harga terlalu murah, termasuk menggunakan duit syiling.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Zufar selain mendoakan agar urusan perniagaannya terus dipermudahkan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement