Skip to main content

Selebriti

Hidup Sunyi Selepas Pemergian Arwah Isteri,  Hisham Harun Akui Pernah Terdetik Untuk Cari  Peneman Hidup - "Bila Saya M*ti Nanti, Dia Dapat..."

WhatsApp Image 2026 04 29 at 1.23.04 AM

Sekilas

  • Pelakon veteran Harun Hashim kini hidup sunyi selepas pemergian isteri tercinta akibat kanser paru-paru.
  • Walaupun anak-anak mengajak tinggal bersama, Harun lebih selesa hidup bersendirian tanpa gangguan.
  • Harun pernah terfikir untuk berkahwin lagi sebagai teman hidup dan untuk memastikan ada yang tahu jika sesuatu berlaku kepadanya.

Selepas pemergian isteri tercinta akibat kanser, pelakon veteran Harun Hashim akui kehidupannya kini semakin sunyi.

Menurut Harun, anak-anaknya ada meminta dirinya untuk tinggal bersama namun dia lebih selesa untuk hidup bersendirian tanpa sebarang gangguan.

"Saya akui hidup memang sunyi sebab dulu ada arwah isteri tetapi sekarang saya tinggal sendirian.

"Anak ada ajak saya tinggal bersama mereka. Cuma saya yang lebih suka hidup sendirian sebab tidak ada gangguan," katanya kepada Gempak.

Harun berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Harun akui pernah terdetik untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi bagi peneman hidup hingga akhir hayatnya.

"Kalau saya nak berkahwin lagi pun, selain nak ada teman, bila saya mati nanti, dia (isteri) dapat beritahu pada orang.

"Ada terfikir juga, macam mana bila jasad sudah tiga empat hari dalam rumah dan tiada orang nak beritahu?," ujarnya.

Untuk rekod, isteri Harun iaitu Allahyarham Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun pada 20 November 2024 akibat kanser payu dara tahap empat.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Must-Watch Video

Advertisement