Skip to main content

Berita

Hilang Nyawa & Roh, Kafe Secangkir Milik Arwah Sofiya Bakal Ditutup - “Berat Sangat Keputusan Ini Tetapi…”

Hilang Nyawa & Roh, Kafe Secangkir Milik Arwah Sofiya Bakal Ditutup - “Berat Sangat Keputusan Ini Tetapi…”

Sekilas

  • Kafe Secangkir milik arwah Nur Atiqah Sofiya akan ditutup sepenuhnya dan dibuka buat kali terakhir pada Jumaat, 4 September dari 3 petang hingga 9 malam.
  • Kafe terpaksa ditutup kerana tiada kepakaran untuk menghasilkan semula kek unik yang berbeza setiap minggu seperti yang dibuat oleh arwah.
  • Hasil jualan terakhir akan digunakan untuk menyelesaikan hutang arwah, dan stok serta perkakasan kafe akan dijual kepada orang ramai.
Advertisement

Adik kepada mangsa nahas LPT1, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan,32 iaitu Iqiekazama mengumumkan kafe milik kakaknya itu iaitu Kafe Secangkir akan ditutup sepenuhnya dan akan dibuka buat kali terakhir pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Threads, kafe tersebut terpaksa ditutup susulan tiada kepakaran dalam menghasilkan semula kek buatan arwah memandangkan setiap menu tersebut adalah berbeza setiap minggu.

Advertisement

“Kami dengan berat hari ingin mengumumkan kami tidak akan meneruskan kafe adik kami

“Sayang seribu kali sayang,tapi terpaksa juga kerana nyawa & roh di cafe tersebut sudah tiada,dan kami juga tiada kepakaran untuk menghasilkan semula kek kek arwah sofiya kerana semuanya unik dan berbeza setiap minggu,”tulisnya.

Menurutnya, kafe yang dibuka dalam masa sehari itu mempunyai had pembelian dan waktu operasi.

Advertisement

Malah, dia juga akan menjual segala stok serta perkakasan yang ada di dalam kedai tersebut kepada orang ramai.

“Kami juga ingin mengumumkan esok jumaat 4 september kami akan buka buat kali terakhir dari pukul 3 petang hingga 9 malam sahaja

“Kami akan memfokuskan penjualan kopi dan kek sahaja. Stok kopi dan kek juga terhad.Terutama sekali kek,kami terpaksa limit 1 slice per customer sahaja untuk esok dan kopi juga terhad kepada 300 cup sahaja.

“Kami juga akan lelong segala stok dan perkakasan kedai. Kami akan update gambar stok yang available pada hari esok ya,”ujarnya.

Hasil jualan kafe tersebut pula akan digunakan untuk menyelesaikan segala hutang arwah yang tertunggak.

“Insha Allah hasil duit jualan akan digunakan jika arwah adik kami masih ada hutang dengan sesiapa,menyelesaikan apa yang tertunggak.

“Berat,sangat berat keputusan ini tapi kami rasa itulah yang terbaik,jadi terima kasih kepada semua yang pernah sokong kafe Secangkir dari awal dan esok adalah hari terakhir legasi Secangkir,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

BROWNIES KEDUT SEDAP MUNYMUNCH

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

Must Watch Video

Advertisement