Skip to main content

Antarabangsa

Ikan 'Kiamat' Terdampar Di Pantai Lombok, Petanda Bencana?

Ikan laut dalam yang merupakan spesies jarang dijumpai itu dianggarkan sepanjang kira-kira empat meter.

Sekilas

  • Bangkai ikan oarfish sepanjang kira-kira empat meter ditemui terdampar di Pantai Pink, Desa Sekaroh, Lombok Timur, Indonesia.
  • Penemuan ikan laut dalam yang jarang dijumpai ini dibuat oleh pengunjung yang berkhemah dan menjadi tular di media sosial.
  • Walaupun ada yang kaitkan ikan ini dengan petanda bencana, penduduk setempat tidak panik dan ikan tersebut telah dibawa pulang oleh individu berkenaan.
Advertisement

Bangkai ikan oarfish yang sering dikaitkan dengan bencana sehingga digelar ikan 'kiamat’ ditemui terdampar di Pantai Pink, Desa Sekaroh, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB) di Indonesia.

Ikan laut dalam yang merupakan spesies jarang dijumpai itu dianggarkan sepanjang kira-kira empat meter.

Advertisement

Penemuannya dibuat pengunjung yang berkhemah pantai itu pada Rabu dan kemudiannya menjadi perhatian ramai selepas rakamannya tular di media sosial.

Ketua Wilayah Dusun Telone, Desa Sekaroh, Sahlan mengesahkan penemuan ikan tersebut.

“Ia merupakan kali pertama saya melihatnya. Saya segera mencarinya berdasarkan imej di Google dan mendapati ia ikan oarfish.

"Bentuknya seperti pedang samurai. Sukar untuk saya gambarkan kerana rupanya aneh. Ikan itu sudah dibawa pulang oleh individu berkenaan,” katanya.

Penemuan oarfish tersebut turut dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan kemungkinan berlakunya bencana alam dan kejadian buruk lain.

Bagaimanapun, Sahlan berkata, perkara itu tidak menimbulkan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement