Skip to main content

Berita

Iran Sahkan Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei Terbunuh Dalam Serangan Israel, AS

iran israel

Sekilas

  • Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat pada Ahad.
  • Serangan besar-besaran itu menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan tertinggi Iran dalam operasi ketenteraan paling agresif beberapa dekad.
  • Kematian Khamenei dijangka memberi impak besar kepada kestabilan politik Iran dan meningkatkan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Advertisement

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Perkara itu disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran, pada Ahad.

Advertisement

Media Iran melaporkan, kematian pemimpin berusia 86 tahun itu susulan siri serangan besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan tertinggi negara tersebut.

Serangan bersama Israel dan AS itu dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran, termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan paling agresif dalam beberapa dekad.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump dan pegawai Israel turut mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan berkenaan, namun terdapat percanggahan maklumat apabila beberapa sumber Iran sebelum ini menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut.

Kematian Khamenei, yang memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran, dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement