Skip to main content

Berita

Israel & Amerika Syarikat Lancar Serangan Terhadap Iran

Israel

Sekilas

  • Israel dilaporkan melancarkan dua serangan udara ke atas Iran sebagai langkah awal mengekang ancaman keselamatan.
  • Serangan itu mendapat sokongan Amerika Syarikat dan menyebabkan letupan serta asap tebal di beberapa kawasan Tehran.
  • Israel mengaktifkan siren kecemasan, menutup ruang udara dan memberi amaran kemungkinan serangan balas dari Iran.
Advertisement

Negara haram Israel dilaporkan telah melancarkan serangan udara sebanyak dua kali terhadap Iran selepas serangan awal pada pagi Sabtu.

Serangan itu dibuat kononnya sebagai satu tindakan awal bagi mengekang ancaman terhadap keselamatan negara itu.

Advertisement

Menurut seorang pegawai Amerika Syarikat (AS), serangan dibuat Israel itu turut mendapat sokongan serta bantuan daripada pihaknya.

Media Iran melaporkan beberapa peluru berpandu mengenai kawasan sekitar University Street dan Jomhouri Street, manakala saksi di lokasi turut melihat asap tebal menjulang dari beberapa bahagian kota berkenaan.

Bukan itu sahaja, letupan turut berlaku di kawasan utara Tehran, termasuk di daerah Seyyed Khandan, menandakan skala serangan yang lebih meluas.

Susulan serangan itu, pihak Israel membunyikan siren kecemasan di negara mereka manakala pihak tentera mengeluarkan amaran proaktif bagi memaklumkan orang ramai tentang kemungkinan serangan balas melalui peluru berpandu atau dron ke wilayah Israel.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel turut mengumumkan penutupan ruang udara kepada semua penerbangan awam dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menuju ke lapangan terbang sehingga keadaan kembali selamat.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel iaitu Israel Katz, memaklumkan bahawa serangan itu adalah tindakan prapertahanan bagi menghapuskan ancaman terhadap Negara Israel serata menyatakan operasi berkenaan merupakan sebahagian usaha menghalang Iran daripada meningkatkan ancaman terhadap keselamatan wilayah.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement