Skip to main content

Selebriti

Isu Ibu Terlalu Masuk Campur Urusan Majlis Kahwin? Amsyar Lee Nasihat, Bakal Pengantin Utamakan Diri - “Mungkin Nampak Jahat Tapi…”

Isu Ibu Terlalu Masuk Campur Urusan Majlis Kahwin? Amsyar Lee Nasihat, Bakal Pengantin Utamakan Diri - “Mungkin Nampak Jahat Tapi…”

Sekilas

  • Amsyar Lee beri pandangan tentang isu seorang pengguna Threads yang dikritik ibu kerana tidak beri chalet paling besar untuk majlis pernikahan.
  • Amsyar nasihatkan supaya utamakan diri sendiri terutama pada hari bahagia dan tidak salah untuk pentingkan diri dalam situasi tertentu.
  • Beliau juga sarankan supaya berani berkata ‘tidak’ pada permintaan yang menyusahkan dan jangan terlalu ikut kehendak orang lain tanpa had.
Advertisement

Penyanyi, Amsyar Lee tampil memberikan pandangan mengenai seorang pengguna Threads yang berdepan masalah dengan ibunya berkaitan majlis pernikahan.

Menurut pengguna tersebut, ibunya menganggap dia ‘selfish’ hanya kerana tidak memberikan chalet paling besar yang ditempah untuk ibu dan bapa saudaranya.

Advertisement

Malah, ibunya turut membuat pelbagai permintaan dan meminta dia menambah banyak perkara untuk majlis berkenaan, namun tidak mengeluarkan sebarang wang untuk membantunya.

Mengulas perkara itu, Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 27 meminta individu tersebut supaya mengutamakan dirinya sendiri, terutama pada hari bahagianya.

Katanya, mementingkan diri sendiri tidak semestinya perkara buruk kerana ada keadaan yang memerlukan seseorang menjaga kepentingan diri.

“Bukan niat saya untuk nak mengajar awak melawan ibu, tetapi percayalah awak kena fikir mengenai diri awak sendiri dahulu.

“Sikap pentingkan diri ini mungkin nampak sangat jahat tetapi ia memang perlu dalam kehidupan seharian atau apa-apa sahaja tentang diri awak. Ia boleh jadi positif bagi situasi-situasi begini terutama ketika hari bahagia awak,” tulisnya.

Amsyar turut menasihati individu tersebut supaya belajar berkata ‘tidak’ jika sesuatu permintaan boleh menyusahkan atau menjejaskan dirinya.

“Tolong lebih berhati-hati selepas ini. Tolong cakap tidak jika awak mahu cakap tidak. Jangan sentiasa cakap ya pada perkara yang tak masuk akal. Luangkan duit pada diri anda sendiri. Bukan adik-beradik kesayangan ibu,” ujarnya.


Sumber: Threads Amsyar Lee

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement