Skip to main content

Selebriti

Isu Pelakon Berehat Dalam Kereta Ketika Waktu Rehat, Hun Haqeem; - “Mungkin Dia Terlalu Penat…”

Isu Pelakon Berehat Dalam Kereta Ketika Waktu Rehat, Hun Haqeem; -  “Mungkin Dia Terlalu Penat…”

Sekilas

  • Pelakon Hun Haqeem menjelaskan bahawa setiap individu di set penggambaran ada cara tersendiri untuk berehat dan ia tidak sepatutnya dipersoal selagi tidak mengganggu kerja atau orang lain.
  • Hun menghargai jika seseorang pelakon memilih berehat sendirian dalam kereta terutama jika terlalu penat, asalkan saling menghormati antara satu sama lain.
  • Hun sendiri suka meluangkan masa bersama kru ketika rehat, tetapi tidak melihat tindakan berehat sendirian sebagai salah, dengan syarat menjaga etika kerja.
Advertisement

Pelakon, Hun Haqeem tampil memberikan pandangan mengenai isu seorang pelakon yang memilih untuk berehat di dalam kereta dan tidak bergaul di set ketika waktu rehat sehingga tindakannya itu dipersoalkan.

Menurut Hun, setiap individu di set penggambaran mempunyai cara tersendiri untuk berehat dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu selagi tidak mengganggu kerja atau orang lain.

Advertisement

“Kita punya suasana kerja itu dah macam keluarga kita. Semua akan memahami dan saling hormat sahaja. Kadang-kadang kalau nak solat dan tiada sejadah, mereka siap tolong sediakan. Mereka memahami. Kalau awak hormati orang lain, okey sahaja,” katanya kepada Gempak.

Pelakon drama Cela itu berkata seseorang pelakon itu mungkin mempunyai sebab tersendiri untuk memilih berehat sendirian di dalam kereta terutama jika dirinya terlalu kepenatan.

“Kita tak tahu mungkin dia baru balik dari acara atau dia terlalu penat. Daripada dia buat orang lain bad mood, baik bad mood seorang diri dalam kereta.

Advertisement

“Saya hargainya. Tiada isu pun kalau dia nak buat. Asalkan saling menghormati, saya rasa semua akan okey,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hun berkata dia sendiri lebih suka meluangkan masa bersama kru ketika waktu rehat, namun tidak melihat tindakan berehat sendirian sebagai sesuatu yang salah.

“Saya akan tengok keadaan pada hari itu, diri sendiri dan orang lain. Saya suka lepak dan makan tengah hari dengan kru. Saya suka berbual dengan mereka tentang perkara rawak dan bukan berkaitan kerja supaya boleh keluar sekejap daripada suasana bekerja walaupun sekejap.

“Pergi solat atau buat sesuatu supaya boleh kembali bekerja dengan lebih bertenaga dan gembira. Kalau saya penat, saya akan duduk sendirian dan cari ruang.

“Tak salah pun duduk dalam kereta untuk berehat. Mereka akan memahami. Tetapi kalau tengah penggambaran sampai kau berdengkur, kami mungkin akan faham tetapi jagalah juga etika kerja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hun turut membintangi drama Cela terbitan Viu Originals sebagai Kaer yang disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat.

Selain Hun, Cela turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Zarif Ghazzi, Elyzza Aziz, Lisdawati dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

ELGINI E16235 Sweatshirt Kosong Kapas S-XXL | Cotton Plain Sweatshirt

ELGINI E16235 Sweatshirt Kosong Kapas S-XXL | Cotton Plain Sweatshirt

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Must Watch Video

Advertisement