Skip to main content

Selebriti

Isu Tempahan Baju Noraniza Idris, Agy Anggap Tidak Profesional - “Saya Rasa Dia Tak Buat Pun Lagi…”

Isu Tempahan Baju Noraniza Idris, Agy Anggap Tidak Profesional - “Saya Rasa Dia Tak Buat Pun Lagi…”

Sekilas

  • Agy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isu baju tempahan Noraniza Idris yang diserahkan kepada pelanggan lain, menganggapnya sebagai tidak profesional dan tidak logik.
  • Agy mendakwa pereka fesyen terlepas pandang tempahan tersebut dan menegaskan permohonan maaf sahaja tidak mencukupi tanpa penyelesaian alternatif.
  • Noraniza kecewa kerana baju yang ditempah sebulan lalu diberikan kepada orang lain, dan pereka fesyen memintanya mencari pakaian ganti di kedai lain.
Advertisement

Penyanyi dan personaliti media sosial, Agy meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap situasi yang dilalui oleh Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkaitan isu baju tempahannya, baru-baru ini.

Menerusi Threads, Agy menyifatkan kesilapan tersebut sebagai tidak profesional dan  tidak logik kerana kebiasaannya design serta size baju itu adalah berbeza bagi setiap orang.

Advertisement

“Tak profesional. Macam mana boleh terbagi pada pelanggan lain? Tak logik. Tak akan design dan size sama? Dah nama lagi tempah. Yang pelanggan lain pun tak akan tak tahu baju apa dia tempah,"tulisnya.

Dalam masa sama, Agy mendakwa bahawa individu tersebut sebenarnya terlepas pandang mengenai tempahan tersebut sehingga bertindak mengeluarkan alasan sedemikian.

“Tak logik kak Ani. Saya rasa dia tak buat pun lagi baju itu. Dia terlupa sebab terlepas pandang,"ujarnya.

Advertisement

Katanya lagi, permohonan maaf sahaja mencukup untuk menebus semula kesilapan tersebut, sebaliknya individu berkenaan perlu mencari solusi atau alternatif lain bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Mintak maaf sahaja tidak cukup. Sepatutnya dia cari penyelesaian lain sebab dah tempah awal. Harap kak Ani sempat cari baju ganti untuk event itu,"kongsinya

Terdahulu, Noraniza meluahkan rasa kecewa apabila baju yang ditempahnya sejak sebulan lalu diserahkan kepada pelanggan lain pada saat-saat akhir.

Menurut Noraniza, pereka fesyen berkenaan kemudian telah pun memohon maaf dan memintanya untuk mencari pakaian ganti di kedai lain berikutan kesilapan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

ASICS Gel-NYC Unisex Sportstyle Shoes In Loden Green/Graphite Grey

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Must Watch Video

Advertisement