Skip to main content

Berita

JAIS Nafi Dakwaan Masjid Tuntut Caj RM1,400, Jelaskan Punca Sebenar Kelewatan Urusan Pengebumian

JAIS

Sekilas

  • JAIS menjelaskan kelewatan pengebumian seorang lelaki di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana berlaku kerana kekeliruan waris menyerahkan urusan kepada Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) yang tidak berkaitan masjid.
  • JAIS menafikan dakwaan pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 untuk pengurusan jenazah dan menjelaskan pihak masjid hanya mengambil alih urusan selepas waris bersetuju.
  • Dokumen palsu dikemukakan oleh waris kepada pengurusan kubur menyebabkan urusan terganggu dan laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.
Advertisement

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan urusan pengebumian seorang lelaki di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang yang dikatakan tertangguh akibat pertikaian caj pengurusan jenazah

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, kelewatan itu sebenarnya berlaku akibat kekeliruan waris yang menyerahkan urusan pengebumian kepada Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak masjid.

Advertisement

Malah, beliau turut menafikan dakwaan kononnya pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 bagi menguruskan jenazah tersebut.

“Bapa arwah hanya menemui pembantu pengurus masjid bagi mendapatkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam dan bersetuju pihak masjid mengambil alih daripada BKS untuk meneruskan urusan pengebumian.

“Pihak masjid telah mengeluarkan borang itu selepas menerima daftar kematian asal dan dimaklumkan bahawa datuk si mati berkeras mahu jenazah diuruskan BKS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahzihan, pihak masjid kemudiannya meminta bantuan polis selepas  mengambil kira kemungkinan berlaku kekecohan di lokasi pengurusan jenazah.

“Setibanya di tempat pengurusan jenazah di Surau An-Nur, Taman Cempaka, pihak masjid dimaklumkan jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan oleh pihak BKS.

“Berikutan waris terus membawa jenazah tanpa dua dokumen sah, urusan pengebumian tidak dapat diselesaikan sehingga pihak masjid dihubungi Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana yang memaklumkan jenazah berada di liang lahad,” katanya.

Beliau berkata, pihak masjid kemudian membawa dokumen sah berkenaan ke tanah perkuburan bagi membolehkan urusan pengebumian disempurnakan.

“Pihak masjid juga mendapati borang permohonan pengebumian dikemukakan waris kepada pengurusan kubur adalah palsu dan satu laporan polis telah dibuat semalam.

“JAIS menafikan kelewatan disebabkan pihak masjid, namun kerana kekeliruan pihak waris dan pihak masjid tiada menuntut bayaran RM1,400 bagi pengurusan jenazah itu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan urusan pengebumian jenazah tersebut tertangguh hampir sejam susulan pertikaian berhubung dakwaan caj pengurusan jenazah oleh pihak pengurusan sebuah masjid.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement