Skip to main content

Selebriti

“Jangan Kekwat, Nanti Orang Benci…” - Nabila Huda

“Jangan Kekwat, Nanti Orang Benci…” - Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda menasihatkan pelakon muda supaya sentiasa rendah diri dan mudah bergaul dengan pelakon senior untuk menimba ilmu.
  • Beliau mengingatkan pelakon baru agar menghargai pengalaman di set penggambaran dan jangan bersikap kekwat supaya tidak disukai orang.
  • Nabila juga menegaskan pentingnya pelakon muda kekal berpegang pada niat asal ketika menceburi bidang seni.
Advertisement

Pelakon Nabila Huda menitipkan pesanan terbuka kepada pelakon muda untuk sentiasa mengamalkan sikap rendah diri dan mudah bergaul.

Sebagai seorang yang sudah berpengalaman di dalam industri, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi berkata pelakon baharu perlu menggunakan peluang ketika bersama pelakon senior sebaiknya untuk menimba lebih banyak ilmu dan pengetahuan.

Advertisement

“Jangan bersendirian sangat. Kena berkawan dan bergaul. Saya dulu pun selalu dengan senior. Saya nak korek dan belajar apa pengalaman hidup mereka. 

“Kadang- kadang ada orang introvert, social anxiety dan mungkin takut terlupa skrip tetapi kena pandai-pandai approach. Tanyalah benda random dan pengalaman. Suatu hari nanti, kita mungkin tidak akan jumpa dah. 

“Pengalaman di set penggambaran sangatlah indah. Masing-masing ada bakat yang luar biasa dan tidak akan dapat. Awak dipilih untuk bersama mereka. Jadi, hargailah momen itu. Jangan kekwat, nanti orang benci,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Arch Galeries, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, pelakon drama Kudrat 1968: High Council itu turut berpesan agar pelakon muda sentiasa berpegang pada niat asal ketika menceburi bidang seni.

“Kepada Anak muda tolonglah kekalkan sikap rendah diri. Ingat misi anda. Apa yang anda niat sewaktu awal-awal nak masuk industri ini, biarlah sampai tua niat itu,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

Decathlon Camping/Outdoor Folding Chair (Compact Design, Max Load: 110kg) - Quechua

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement