Skip to main content

Berita

Jemaah Wanita Indonesia Pulang Dari Makkah Dengan Gaya 'Bergemerlapan'

Astrogempak jemaah

Sekilas

  • Sekumpulan jemaah haji dari Gowa, Sulawesi Selatan, mencuri perhatian di Terminal D2 Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah dengan penampilan bergemerlapan sebagai tanda kesyukuran selepas menunaikan ibadah haji.
  • Mereka memakai busana berhias manik dan pakaian berkilauan yang disiapkan khas dari Indonesia dan aksesori tambahan dibeli di Tanah Suci.
  • Fenomena jemaah berpakaian glamor ini menjadi tumpuan masyarakat Indonesia dan simbol penghargaan atas pengorbanan serta cabaran sepanjang menunaikan haji.
Advertisement

Suasana di ruang menunggu Terminal D2, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah bertukar meriah apabila sekumpulan jemaah haji dari Gowa, Sulawesi Selatan mencuri perhatian dengan penampilan bergemerlapan ketika menanti penerbangan pulang ke tanah air.

Jemaah yang berada dalam rombongan jemaah haji 5 UPG (Makassar) itu tampil dengan busana berhias manik dan pakaian berkilauan yang disiapkan khas sebagai tanda meraikan tamatnya ibadah haji mereka.

Advertisement

Ruang menunggu yang lazimnya tenang bertukar seolah-olah pentas pertunjukan fesyen apabila beberapa jemaah menukar pakaian santai kepada busana khas penuh hiasan kilauan, sekali gus menarik perhatian jemaah lain di lapangan terbang tersebut.

Seorang jemaah, Suryani,46, berkata, pakaian tersebut telah disediakan sejak dari Indonesia, manakala aksesori tambahan dibeli di Tanah Suci sebagai simbol kesyukuran selepas selesai menunaikan ibadah haji.

“Memang tanda kesyukuran kami kerana telah menyempurnakan ibadah haji. Kami pulang dengan penampilan ini supaya dapat bertemu keluarga dalam keadaan yang istimewa,” katanya.

Beliau turut mengakui perjalanan ibadah haji penuh dengan cabaran dan pengorbanan, namun segala kepenatan itu terbayar apabila berjaya menyempurnakan rukun Islam kelima tersebut.

“Alhamdulillah, ada suka duka bersama jemaah lain, dan syukur dapat kembali bertemu keluarga,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Nurina,60, turut mencuri perhatian dengan busana elegan sebagai tanda kesyukuran selepas menunggu giliran menunaikan haji selama kira-kira 1.5 dekad.

“Ini adalah salah satu bentuk kesyukuran dan terima kasih kepada Allah SWT. Semoga memperoleh haji yang mabrur,” katanya.

Fenomena jemaah berpakaian glamor ketika kepulangan ini sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat Indonesia.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement