Skip to main content

Berita

Jenama Fesyen Jepun Hasilkan Aksesori Rambut Daripada Seluar Dalam

Aksesori Rambut Spender

Sebuah jenama fesyen dari Jepun, JennyFax, mencuri perhatian ramai selepas memperkenalkan koleksi terbaharu berupa aksesori rambut yang diperbuat daripada seluar dalam wanita.

Aksesori yang dinamakan “panty ribbon bow” itu dicipta dengan menampal klip rambut logam pada sepasang seluar dalam wanita jenis sutera, sekali gus menghasilkan rekaan unik yang mencetuskan perdebatan hangat.

Produk tersebut ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah jambu dan biru dengan harga sekitar 17,600 yen (RM500) seunit.

Pengasas JennyFax, Jen-Fang, sememangnya terkenal dengan rekaan yang bersifat luar biasa dan menentang kebiasaan. Menurut pemerhati fesyen, koleksi ini selari dengan identiti jenama berkenaan yang sering tampil berani serta tidak konvensional.

Foto-foto aksesori rambut kontroversi itu menjadi tular di media sosial China, dengan netizen berbelah bahagi antara memuji keberanian idea baharu tersebut atau menganggapnya sekadar gimik untuk meraih perhatian.

JennyFax bukanlah satu-satunya jenama yang sering menimbulkan perdebatan. Beberapa jenama antarabangsa lain termasuk Balenciaga, ZNWR dan Felissimo juga pernah mengundang kontroversi melalui rekaan yang dianggap pelik dan mencabar norma fesyen.

Sumber : Sinar Harian

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video