Skip to main content

Berita

Jenazah Tun Dr Hasmah Akan Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Jenazah Tun Dr Hasmah Akan Disemadikan Bersebelahan Pusara Datin Seri Endon

Sekilas

  • Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Datin Seri Endon Mahmood di Pusara Negara, Putrajaya.
  • Kerajaan mengarahkan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan kepada Allahyarham dan semua stesen media diarahkan membuat penyesuaian kandungan sebagai tanda penghormatan.
  • Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada usia 100 tahun, dan pemergiannya dikenang sebagai jasa besar dalam bidang perubatan dan sebagai ibu negara.
Advertisement

Jenazah YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali akan disemadikan bersebelahan pusara Datin Seri Endon Mahmood di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) susulan keputusan keluarga untuk mengebumikan Allahyarham di Pusara Negara.

"Dalam kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri, pihak kerajaan telah mengarahkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan istiadat pengebumian pembesar negara diberikan buat Dr Siti Hasmah," katanya kepada media selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di sini hari ini.

Fahmi bersama isterinya, tiba di kediaman Allahyarham kira-kira 2.15 petang.
 

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir memberikan penghormatan terakhir, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual hadir ke masjid berkenaan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata semua stesen radio dan televisyen diarahkan membuat penyesuaian terhadap kandungan serta rancangan sepanjang hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham, Fahmi berkata antara memori terawalnya ialah ketika beliau berusia 12 tahun dan Dr Siti Hasmah pernah menyaksikan pementasan teater yang disertainya bersama rakan-rakan sekolah.

Advertisement


"Itu mungkin antara kenangan terawal saya. Saya rasa pemergian ini semestinya tak disangka, tetapi itulah ketentuan Ilahi.

"Beliau amat bermakna bagi ramai orang, dan memang jasa beliau sebagai seorang ibu sebagai seorang doktor akan sentiasa kita kenang," katanya.


Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, pada usia 100 tahun.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement