Seorang jutawan wanita dari Gwalior, India, menjadi tular selepas menyatakan kesediaan berkahwin dengan lelaki menganggur.
Tanya Mittal mendedahkan dalam temu bual bersama NewScoop bahawa beliau tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja, malah bersedia menyediakan hidangan makanan untuk suaminya nanti.
Advertisement
“Saya tidak pasti sama ada di dunia ini mempunyai lelaki seperti yang saya inginkan. Tetapi saya tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja.
“Saya benar-benar percaya bahawa dalam hubungan, tiada istilah ‘chota-bada’ (hierarki),” kata Tanya.
Menjelaskan sebab tidak berminat berkahwin dengan lelaki kaya, Tanya berkata, beliau cukup kaya dan tidak mengharapkan wang daripada suaminya nanti.
“Hari ini saya memiliki tiga kilang. Saya mempunyai cukup wang. Selepas semua ini, saya tidak mahu mengharapkan orang lain mencari nafkah untuk saya. Itu salah.
"Sebagai perubahan, saya rasa lelaki berhak untuk tidak risau menyediakan makanan di meja makan. Saya akan bekerja dan memasak untuk suami saya. Saya tahu semua kerja rumah,” katanya dengan bangga.
Tanya sebelum ini memaklumkan bahawa beliau memiliki rumah seluas 26,000 kaki persegi, menggaji 800 kakitangan dan memiliki ramai pengawal peribadi.
Sumber: Sinar Harian