Skip to main content

Viral

Kaki Luka, Si Gajah Sulong Tetap Gigih Berjalan Pulang Dari Gerik Ke Gua Musang, Buat Netizen Sebak - “Sedihnya Tengok Kaki Dia…”

Kaki Luka, Si Gajah Sulong Tetap Gigih Berjalan Pulang Dari Gerik Ke Gua Musang, Buat Netizen Sebak - “Sedihnya Tengok Kaki Dia…”

Sekilas

  • Sebuah video tular memaparkan seekor gajah bernama Sulong berjalan perlahan dengan kaki kanan yang cedera di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli.
  • Sulong dipercayai dalam perjalanan pulang ke habitatnya dari Gerik, Perak ke Gua Musang, Kelantan, walaupun mengalami kesakitan.
  • Netizen meluahkan rasa kasihan dan berharap ada pihak yang dapat memantau serta membantu Sulong jika memerlukan rawatan.
Advertisement

Kisah seekor gajah yang dipercayai bernama Sulong mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen selepas video memaparkan haiwan berkenaan berjalan perlahan dalam keadaan kaki kanan hadapan yang cedera tular di media sosial.

Lebih-lebih lagi apabila video tersebut merakamkan Sulong dalam keadaan kaki kanan yang luka dilihat melangkah perlahan dan berhati-hati, berjalan sendirian di bahu Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli seolah-olah menahan kesakitan pada setiap langkah yang diambil.

Advertisement

Gajah berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke habitatnya dari Gerik, Perak ke Gua Musang, Kelantan.

Perjalanan yang jauh itu pastinya bukan sesuatu yang mudah buat Sulong, apatah lagi dengan kecederaan yang dialaminya sekali gus membuatkan ramai yang menonton video tersebut berasa sedih.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan melihat keadaan Sulong dan berharap agar ada pihak yang dapat memantau serta membantu sekiranya haiwan berkenaan memerlukan rawatan.




Malah, ada yang mengakui tidak sanggup melihat Sulong menanggung kesakitan seorang diri dan berdoa agar perjalanan pulangnya dipermudahkan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement