Pendakwah bebas, Ustaz Adnin tampil menjelaskan kepentingan persediaan dan kemampuan seseorang sebelum memasuki alam perkahwinan.
Menerusi perkongsian di Tiktok, Adnin menegaskan bahawa ia adalah amat penting untuk membuat persiapan diri dari pelbagai sudut dan tidak terlalu terburu-buru dalam mendirikan rumah tangga.
Advertisement
"Kahwin ini bukan siapa lagi awal lebih mulia, siapa lambat kahwin dia hina. Yang penting, dah mampu dan bersedia memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.
"Bagi nafkah dan hak-hak sepatutnya.
Kalau dah bersedia, perlu tawakal.
Persoalannya macam mana kita nak tahu dah mampu ke belum. Perkara ini subjektif.
Kita sendiri boleh jawab. Kalau kita betul-betul muhasabah diri, akhirnya kita akan sedar.
"Bab ini saya cadang untuk bincang dengan keluarga, kawan dan guru-guru. Tak perlu jadi kaya. Yang penting, nafkah-nafkah asas terjaga," katanya.
Dalam masa sama, Adnin manasihati kepada setiap pasangan yang berniat untuk berkahwin perlu sentiasa bersedia dari segi ekonomi, agama dan emosi agar perkahwinan kekal bahagia selamanya.
"Tapi penting memampukan diri untuk kahwin.
Sebab kalau kahwin dalam keadaan tidak mampu, takut kita menzalimi pasangan.
"Bila dizalimi, itu yang hilang keberkatan dan terjadi penceraian. Kalau boleh kita nak perkahwinan itu bahagia hingga syurga.
"Sebab itu pentingnya kemampuan dari sudut ekonomi, agama dan emosi. Usahalah untuk mampukan diri, ujarnya.