Skip to main content

Antarabangsa

Kalung Berlian Berharga Jutaan Dolar Dicuri Dari Muzium Di Vienna

Kalung Berlian Berharga Jutaan Dolar Dicuri Dari Muzium Di Vienna

Sekilas

  • Seutas kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari Muzium Seni Gunaan Vienna (MAK) semasa pameran barang kemas Van Cleef & Arpels.
  • Kalung tersebut mengandungi 673 butir berlian dengan berat lebih 200 karat dan pernah dimiliki Ratu Nazli dari Mesir.
  • Polis mengeluarkan gambar dua suspek yang memecahkan bekas pameran dan melarikan kalung itu semasa waktu operasi muzium.
Advertisement

Seutas kalung berlian bernilai jutaan dolar dicuri dari sebuah muzium di Vienna, menurut kenyataan polis Austria pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Polis telah mengeluarkan gambar barang kemas tersebut, yang dihasilkan oleh pembuat barang kemas mewah dari Paris, Van Cleef & Arpels.

Advertisement

Muzium Seni Gunaan Vienna (MAK) tidak memberikan butiran lanjut mengenai barang yang dicuri namun maklumat di laman webnya menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan kalung diraja yang mengandungi 673 butir berlian dengan berat keseluruhan melebihi 200 karat.

Pihak muzium hanya mengesahkan bahawa satu kejadian kecurian telah berlaku semasa pameran barang kemas mereka dan menyatakan tiada sesiapa yang cedera.

Mereka juga memaklumkan tiada maklumat akan diberikan mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

MAK telah mempamerkan lebih 300 koleksi barangan Van Cleef & Arpels sejak awal Jun.

Gambar pameran yang dipaparkan di laman web muzium menunjukkan kalung tersebut berada di dalam bekas pameran kaca.

Keterangan yang disertakan menyatakan bahawa kalung itu pernah menjadi milik Ratu Nazli dari Mesir, yang memakainya pada 1939 semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Fawzia, dengan Putera Mahkota Iran ketika itu, Mohammad Reza Pahlavi yang kemudiannya menjadi Shah.

Menurut rumah lelongan Sotheby's, kalung itu telah dijual pada harga sekitar AS$4.3 juta dalam satu acara lelongan di New York pada 2015.

Polis menyatakan dua lelaki yang tidak dikenali telah memecahkan bekas pameran semasa waktu operasi muzium, mengambil barang kemas tersebut dan melarikan diri.

Gambar yang dikeluarkan polis menunjukkan dua suspek berpakaian gelap di dalam muzium tersebut. -

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement