Skip to main content

Selebriti

Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Hilang Selera Makan Lepas Bercerai - “Saya Bukan Nak Jual Cerita Sedih…”

kamal adli

Sekilas

  • Kamal Adli mengakui masih sedih dan hilang selera makan selepas perpisahan dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.
  • Dia terpaksa sembunyikan perasaan sebenar ketika penggambaran supaya tidak menjejaskan prestasi kerja.
  • Kamal berterima kasih kepada peminat dan rakan artis yang memberi sokongan dan memahami keadaannya.

Pelakon, Kamal Adli mengakui bahawa dirinya masih terbelenggu dengan perasaan sedih mengenangkan perpisahannya bersama bekas isteri, Uqasha Senrose.

Menurutnya, dia amat terkesan dengan perpisahan tersebut sehingga menyebabkan dia hilang selera makan.

Katanya, perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah kerana dia perlu menyembunyikan perasaan sebenar ketika menjalani pengambaraan agar tidak menjejaskan prestasi kerjanya.

"Saya tak boleh tipu diri saya. Saya memang koyak tetapi saya terpaksa teruskan pengambaraan saya sebab itu rezeki saya. Saya bukan nak jual cerita sedih. Saya koyak betul sampai saya rasa tak nak makan," katanya kepada Gempak.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aktor drama Dia Imamku itu turut berkongsi usai sahaja pengembaraan tamat, dia akan menyendiri di biliknya sambil melayani perasaan dan kenangan lama.

"Saya memang tiada masa. Apabila saya bersendirian ketika itulah saya jiwa kacau. Lepas habis pengembaraan, saya duduk bilik sorang-sorang. Takdela membantu sangat tetapi saya bersyukur sangat dengan rezeki. Puasa dan raya saya memang koyak.

Dalam masa sama, Kamal turut meluahkan rasa terharu dan penghargaan kepada mereka yang banyak memberikan kata kata semangat buatnya terutamanya rakan-rakannya yang memhami serta tidak membesarkan hal peribadinya.

"Saya sangat berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan artis yang banyak memberikan kata-kata semangat. Saya bersyukur mereka tidak mengeruhkan keadaan dan sangat memahami saya," ujarnya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement