Skip to main content

Berita

"Kau Buat La Baik Macam Mana Pun Mesti..." Aqil Zulkiflee Nasihat Suami & Isteri Elak Tinggal Bersama Mertua

Aqil Zukiflee tegur

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee menitipkan pesanan terbuka buat orang ramai, khususnya pasangan suami isteri yang masih tinggal sebumbung dengan keluarga mertua.

Menerusi perkongsiannya di Threads, Aqil atau nama penuhnya Ahmad Aqil Zulkiflee menyarankan agar pasangan suami isteri berusaha untuk tinggal berasingan daripada keluarga mertua bagi mengelakkan sebarang konflik rumah tangga.

Advertisement

"Susah macam mana sekalipun, kalau dah kahwin seeloknya usahakan untuk tinggal asing dengan keluarga mertua. Privasi untuk suami dan isteri itu penting. Bila dah kahwin, hanya kita dan pasangan sahaja," katanya.

Katanya, apabila pasangan berkongsi kediaman dengan orang lain, ia boleh mengganggu privasi sekali gus memberi kesan terhadap emosi masing-masing.

"Bila ada orang lain dalam rumah, kau buat la baik macam mana pun, mesti akan ada masalah. Emosi pasangan kena jaga," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pandangan Aqil dan bersetuju bahawa pasangan yang sudah berkahwin sebaiknya mencari kediaman sendiri.

"Suka quotes ini, sangat betul.

"Ya sangat setuju.

"Betul, pelik tengok pasangan yang dah kahwin tetapi tak reti menyewa rumah.

"Saya 100 peratus setuju," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement