Skip to main content

Berita

Kembar Siam Muhammad Yang Dipisahkan Di Arab Saudi, Meninggal Dunia

Kembar Siam Muhammad Yang Dipisahkan Di Arab Saudi, Meninggal Dunia

Sekilas

  • Muhammad Rosli, salah seorang kembar siam yang berjaya dipisahkan pada 2002 di Arab Saudi, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur.
  • Berita kematian itu disahkan oleh saudara kembarnya, Ahmad, melalui hantaran di Facebook dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.
  • Muhammad sebelum ini menghidap kanser pundi kencing dan menjalani rawatan serta beberapa pembedahan di Arab Saudi sejak Julai 2025.
Advertisement

Muhammad Rosli, seorang daripada pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi pada 2002, meninggal dunia pada 10.45 pagi semalam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.

Berita duka itu dimaklumkan saudara kembarnya, Ahmad menerusi hantaran di Facebook hari ini.
“Assalamualaikum, saya abang kepada Muhammad ingin memberitahu bahawa kembar saya telah kembali kepada Sang Pencipta-Nya pada 10.45 pagi.

“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan Muhammad dan hanya Allah dapat membalas jasa kamu semua,” katanya.

Jenazah Muhammad dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya kira-kira 6 petang tadi.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad disahkan menghidap kanser pundi kencing dan menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi sejak Julai 2025.

Muhammad dilaporkan menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi di hospital berkenaan sebelum disahkan pulih dan meneruskan rawatan susulan.

Semalam, Ahmad memaklumkan keadaan kesihatan Muhammad kurang baik selepas kandungan asid dalam darahnya dilaporkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Muhammad dan Ahmad pernah mendapat perhatian negara apabila menjalani pembedahan pembahagian hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001 dan pada September 2002, kedua-duanya berjaya dipisahkan menerusi pembedahan kompleks selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement