Skip to main content
Advertisement

Viral

Kerap Muntahkan Balik Makanan Secara Sengaja Selepas Makan, Bintang Mukbang Terkenal Meninggal Dunia

Kerap Muntahkan Balik Makanan Secara Sengaja Selepas Makan, Bintang Mukbang Terkenal Meninggal Dunia

Sekilas

  • Pempengaruh mukbang China, Ganfan Yingying, meninggal dunia pada usia 24 tahun selepas bertahun-tahun menghasilkan kandungan makan dalam kuantiti melampau.
  • Keluarganya mengesahkan kematian pada 17 Ogos, namun punca sebenar tidak didedahkan dan akaun media sosialnya dipadamkan pada 7 September.
  • Yingying mengalami masalah kesihatan serius akibat rutin berjaga malam dan makan berlebihan, termasuk paras kalium darah yang sangat rendah sebelum kematiannya.
Advertisement

Pempengaruh mukbang terkenal China, Ganfan Yingying yang mempunyai kira-kira 1.2 juta pengikut meninggal dunia pada usia 24 tahun selepas bertahun-tahun menghasilkan kandungan makan dalam kuantiti melampau.

Yingying atau nama sebenarnya Chen Ziyi dilaporkan meninggal dunia pada 17 Ogos, namun keluarganya tidak mendedahkan punca sebenar kematian.

Advertisement

Keluarganya mengesahkan kematian itu menerusi satu obituari, manakala akaun media sosial Yingying dilaporkan dipadamkan oleh platform video pendek pada 7 September.

Tiga hari sebelum kematiannya, Yingying memuat naik perkembangan mengenai keadaan kesihatannya dengan menunjukkan kesan tusukan jarum pada belakang tangan serta keputusan ujian darah.

Keputusan tersebut menunjukkan paras kalium dalam darahnya berada antara 2.3 hingga 2.5 milimol seliter, jauh di bawah paras minimum normal 3.5 milimol seliter.

Menurut Yingying, rutin berjaga malam untuk menjalani penggambaran selain kerap memuntahkan makanan secara sengaja selepas makan dalam kuantiti banyak menyebabkan tubuhnya semakin keletihan.

Beliau mendakwa tuntutan kerjanya kadangkala memerlukan pengambilan makanan dalam jumlah luar biasa ketika melakukan jualan secara siaran langsung.

Ketika mempromosikan telur abad misalnya, Yingying berkata, beliau pernah memakan antara 60 hingga 70 biji dalam satu sesi.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement