Skip to main content

Berita

Kes Tikam Rakan Sekolah: Remaja Perempuan Dihantar Ke Hospital Bahagia

TB Kes Tikam SINAR

Sekilas

  • Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa cuba membunuh rakan sekelasnya dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting.
  • Tertuduh tidak mengaku bersalah dan diarahkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
  • Kejadian berlaku pada 6 Julai dan mangsa kini dirawat di hospital akibat kecederaan serius.
Advertisement

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan cuba membunuh seorang pelajar perempuan dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh juvana itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Maslinda Selamat.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan, supaya remaja yang memakai baju berhud hitam itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, pelajar Tingkatan Tiga itu didakwa cuba membunuh pelajar perempuan berusia 15 tahun dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serta mempunyai niat untuk menyebabkan kematian.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekolah berkenaan jam 9.50 pagi pada 6 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 10 Ogos depan.

Pihak media yang tiba lebih awal, tidak dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikut prosiding pendakwaan memandangkan kes berkenaan melibatkan tertuduh juvana.

Pada Isnin lalu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.

Sumber: Astro AWANI menerusi Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement