Selepas mengumumkan barisan artis fasa pertama pada Februari lalu, LaLaLa Festival 2026 sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran artis fasa kedua.
Keterujaan ini semakin terasa dengan kehadiran nama-nama baharu yang bakal memeriahkan pentas pada 22–23 Ogos 2026 di Jakarta International Expo (JIEXPO) Kemayoran.
Dalam fasa sebelumnya, telah diumumkan bahawa Kodaline akan menutup perjalanan muzik mereka menerusi sebuah persembahan perpisahan (farewell show) yang istimewa.
Sementara itu, Two Door Cinema Club pula akan tampil dengan persembahan eksklusif bertajuk “Tourist History 15th Anniversary”, meraikan album debut ikonik mereka di pentas LaLaLa Festival 2026.
Memasuki fasa kedua, Rex Orange County menjadi antara sorotan utama dengan kepulangannya ke Indonesia selepas berjaya mengadakan konsert solo di Jakarta tiga tahun lalu.
Pemuzik dari England itu bersedia kembali menyapa peminat menerusi rangkaian lagu yang cukup dikenali, sekali gus menghadirkan suasana hangat dan emosional yang menjadi identitinya dalam perayaan LaLaLa Festival kali ini.
Menariknya, LaLaLa Festival 2026 bakal menjadi satu-satunya pentas Rex Orange County di Asia tahun ini (Asia Exclusive) dan menjadikannya peluang istimewa yang tidak boleh dilepaskan.
Selain itu, pentas LaLaLa Festival turut dimeriahkan oleh barisan pemuzik indie dan alternatif dari pelbagai negara, termasuk Taiwan, Ukraine dan Perancis seperti Drunk Monk, Treaks, Shao Dow, Chivan serta G.inc.
Kepelbagaian karakter dan genre ini membawa warna baharu kepada festival tahun ini.
Drunk Monk bakal menyajikan nuansa garage rock dengan sentuhan underground khas Asia, manakala Shao Dow tampil dengan pendekatan unik yang menggabungkan hip-hop alternatif, anime dan seni visual.
Di sisi lain, Chivan mempersembahkan elemen indie dengan pengaruh jazz dan swing yang berkembang daripada komuniti kreatif.
Sementara itu, G.inc melengkapkan barisan persembahan dengan pendekatan eksperimental menerusi gabungan stoner rock, progressive metal dan elemen elektronik industrial.
Kehadiran para pemuzik ini bukan sahaja menambah kepelbagaian lineup, malah menegaskan komitmen LaLaLa Festival dalam menawarkan pengalaman muzik merentas genre, budaya dan eksplorasi artistik.
Bagi peminat yang ingin merasai kemeriahan LaLaLa Festival 2026, tiket kini boleh dibeli di tiptip.id dengan harga berikut:
Early Entry (EE)
2 Day Pass: Presale Rp 1,250,000 | Final Presale Rp 1,400,000 (RM318.81)
Daily Pass: Presale Rp 800,000 | Final Presale Rp 875,000 (RM199.26)
General Admission (GA)
2 Day Pass: Presale Rp 1,450,000 | Final Presale Rp 1,850,000 (RM421.29)
Daily Pass: Presale Rp 975,000 | Final Presale Rp 1,075,000 (RM244.80)
VIP
2 Day Pass: Presale Rp 2,700,000 | Final Presale Rp 2,950,000 (RM671.79)
Daily Pass: Presale Rp 1,550,000 | Final Presale Rp 1,750,000 (RM398.52)
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati detik-detik menarik ini kerana setiap tahun, LaLaLa Festival sentiasa menawarkan kejutan yang wajar dirasai sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini melalui Instagram @lalala.fest dan laman web lalalafest.com.